Sini haku nak bagi satu tips utk nko.. sebab bukan main lagi kacaknya muka ko tu Jejaka Kachak.. sampai si Arimau.. Ariesyaz ni pong geram dan terpikat akan kekacakkan melampaui batas kemanusiaan apatah lagi mak lampir mau pun dukun lintah..
Kalau nak respek dari member forum yg paling best di cakerawala dan bima sakti ni.. Ko kenalah reply kat posting member2 lain jugak.. Jangan syok sendiri layan posting sendiri jek haa gitew..
Lagi banyak yg ko reply kat posting org lain, lagi cepat ko dapat join mendubukkan diri kacak ko tu bersama sama dubuk yg sedia ada kat gay ciritan ni.. gengcerita ni..
Jangan cakap taknak reply kat posting kat member forum sebab takde idea atau taknak tetiba masuk reply.. Kat sini takde istilah tetiba masuk campur kat posting member.. asalkan ko kreatif, silakan reply kat memana posting member yg lain..
Hoh! panjang lebar aku bagi tips ni.. Bila nak bayar yuran keahlian sebanyak RM3.2 juta dollar daun mempelam ni..
Oooo.. budak baru ye? Kenalkan, aku la GaBRiEL, CEO merangkap ahlil jawatangilakuasa forum GC ni. Selamat Datang aku ucapkan buat abam Jejaka Kincit (memandangkan aku hampir terkincit halus dalam seluar tatkala terlihat rupa ko ni!)
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh la bertanya kepada macai aku iaitu Encik Ijoi, memandangkan beliau saja skrg yg sering berada di dalam kawasan. Nk menghubungi aku, susah sikit sbb skrg aku bizi melayan peha Nelydia Senrose..
Apa pun.. salam perkenalan serta selamat berkarya abam Jejaka Kincit..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
Terima kasih en ijoi diatas tips2 yang diberi. Sungguh pemurah tuan ijoi sehingga saya rasa amat terharu malam ini. Adapun saya ini sepertinyang saya maklumkan di awal pengenalan saya, buat masa sekarang saya lebih berminat untuk membaca sahaja thread2 yang sedia ada. Masih belum berminat untuk mengaktifkan diri atau meyampaikan post2 yang boleh disampaikan. Niat di hati memang ingin mengomel di thread2 yang sedia ada dan mengepos idea di thread baru, tapi biarlah niat itu datang dari hati yang suci murni. Jadi, buat masa sekaranh saya memang lagi selesa untuk hanya membaca thread2 yang sedia ada dahulu. Dan, untuk bermesra secara slow talk dengan ahli GC maka saya reply dahulu segala apa komen senior2 dalam thread saya ini. Tiada niat untuk syok sendiri atau yang sewaktu dengannya. Jika kelihatan saya syok sendiri.. maafkan saya. Dari hujing kaki ke hujung tumit.. maaf
Cik ariesyaz iris.. terima kasih di atas nasihat yang diberi. Bagaimanapun, di sini saya ingin tegaskan sekali lagi. Nama saya jejaka ka_chak... adapun bukan kasyak. Sangat tidak ka_chak bunyinya begitu.. terima kasih
Terima kasih diucapkan kepada en GaBRIEL sudi menerima permintaan saya ini untuk menjadi sebahagian warga GC. Adapun gambar avatar saya ini saya uploadkan setelah beberapa ketika yang panjang saya fikirkan gambar yang paling sesuai. Saya pon tidak tahu kenapa akhirnya gambar ini yang dipilih saya. Mingkin ini namanya jodoh. Maka.. harap gambar gambar avatar saya ini tidak memberi masalah kepada forum GC ini dan diterimalah seadanya. Sekian.. terima kasih
Cik ariesyaz iris.. terima kasih di atas nasihat yang diberi. Bagaimanapun, di sini saya ingin tegaskan sekali lagi. Nama saya jejaka ka_chak... adapun bukan kasyak. Sangat tidak ka_chak bunyinya begitu.. terima kasih
Ritual buli2?? Hehewww!! Sape ckp xda.. Bab buli2 yang best dlm GC ni..bab buli newbie laa yg aku suka.. Hihi. Sukaa laa sangat. 😃
Sejujurnya cik abang uii,dlm GC ni xda istilah buli2. Tapi kalo nko buat hal,haaaa..
Siap laa ko kena tumbuk guna lesung batu,pastu bg mkn cili padi.. He2
Ko dah join forum ni,jd ko kena laa berhati bersih putih besinar wangi. Klau kotor bak sini aku cuci ht ko guna vanish,TOp,joy sunlight tu smua.. 😃😃