Aku agak kecewa, kerana pembuat aku tidak memberikan apa-apa jenama kepada aku. Apalah salahnya sekiranya menamakan aku Aaron Aziz ke, Rais Yatim ke.. kan? Pemegang pun hanya warna hitam. Jadi, orang hanya gelar aku monopod murah.
Aku dibuat di China daripada besi dan plastik. Selepas siap, aku dibeli secara pukal oleh orang Malaysia, yang kemudiannya dijual lagi kepada penjual-penjual online.
Semasa dijual online, aku telah dibeli dengan harga rm15 oleh seorang budak sekolah tingkatan satu bernama Loqman. Murah sungguh martabatku, harga rm15 je! Loqman kemudiannya membalut aku dengan cantik dan membawa aku ke sebuah kedai makan. Di situ beliau bertemu dengan seorang budak sekolah perempuan bernama Hanez Suraya.
"Mama, ini hadiah sempena harijadi Mama," kata Loqman sambil menghulurkan aku kepada Hanez Suraya..
"Cantiknya. Terima kasih Papa. Mesti mahal Papa beli." Hanez Suraya nampak teruja sambil membelek-belek aku. Walaupun aku hanya monopod murah, tetapi aku tetap berasa geram mendengar mereka memanggil mesra dgn nama Mama dan Papa. Aku rasa hendak libas sahaja kepala Loqman dan Hanez Suraya dengan tubuh aku.
"Ya. Mahal. Tetapi untuk Mama, Papa tidak kisah," kata Loqman pula dan aku tahu dia menipu. Hanez Suraya pun satu, mudah kena tipu. Tetapi apa daya aku, aku hanya sebatang monopod.
Sampai di rumah Hanez Suraya terus bergambar menggunakan aku. Sekejap-sekejap dia mengupload fotonya di Pesbuk dan Instageram. Aku naik pening, tiada rehat untukku!
Hanez Suraya akan tulis, 'Saya nak solat ni, but first, let me take a selfie'. Aku sedih sebab digunakan untuk menipu. Padahal Hanez Suraya tengah ABC (Allah Beri Cuti). Mana boleh solat. Ya, walaupun aku monopod murah, hal-hal basic agama ini aku amik tau juga, walaupun aku hanya sebatang monopod.
Kemudian aku dengar dari tingkat bawah, "Hanez Suraya, turun makan!"
"Kejap ayah, hendak belajar."
Kemudian aku dengar lagi, Shahir, adik kepada Hanez Suraya berbisik. Ya, sebab tubuh aku panjang, pendengaran aku juga sangat bagus.
"Ayah! Kakak mana ada belajar. Dia tengah selfie dengan monopod," bisik Shahir. "Selfie? Monopod? Apa tu?" "Selfie tu ambil gambar kemudian beri kepada boyfriend. Dia guna monopod. Boyfriend dia yang beri," hasut Shahir lagi.
Ayah Hanez Suraya marah bukan kepalang. Dia naik ke atas secara senyap-senyap dan kebetulan Hanez Suraya masih leka berselfie dengan menggunakan aku.
"Ooo... ini kerja kau ya. Kata belajar, tapi kau pod pod dengan batang tu ya. Mari batang tu!"
Aku sedih sebab cuma digelar batang dan pod pod. Ayah Hanez Suraya merentap aku dari tangannya. Kemudian beliau mematahkan tubuh aku, melibas aku ke lantai, memijak-mijak aku dan terus membuang aku ke luar tingkap. Aduh sakitnya!
Perkara terakhir yang aku lihat adalah Hanez Suraya menangis dan Shahir tersengih-sengih sambil menunjukkan isyarat thumbs up kepada kakaknya itu.. Penglihatanku semakin kabur. Akhirnya aku pun menghembuskan nafasku yang terakhir.
Inilah pengakhiran kisah hidup aku sebagai sebatang monopod.
Sekian, terima kasey..
Gambar hiasan - Kelihatan Makcik Baddar mempelbagaigunakan monopod beliau sebagai antenna / aerial untuk henset beliau tatkala tiada line coverage.. korang hadooo?
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
haaa... monopod tu sesuai utk ijoi, manakala menatang monopos tu sangat sesuai utk gab yg dah melanyut..
hahahaa..
Yea sangat sesuai utk aku buat kacau dodol nak raya nanti.. Selain itu juga monopod ni amat sesuai dibuat pemegang pelita maupun batang utk meletakkan piring astro..
Monopos tu pulak adlh nama samaran rosnah mat aris aka awek GaBRiEL tunyuk.
saya suka tang watak hanez suraya dan juga loqman tuh sweet sangat ( sambil meangkat kedua belah tangan ke atas bahu). nampak bakat terpendam cik gabriel kita dalam berCerpen sangat bagus akan tetapi lagi bagus jika dapat ditayangkan watak hanes suraya dalam bentuk gambar mungkin jalan cerita lagi menarik..cukup sekadar gambar hanes suraya sahaja..yg loqman tu watak dikekalkan tidak bergambar kerana khuatir akan menjejaskan pemikiran para pembaca.
sekian laporan audit dari saya untuk sesi 4/6 2014
saya suka tang watak hanez suraya dan juga loqman tuh sweet sangat ( sambil meangkat kedua belah tangan ke atas bahu). nampak bakat terpendam cik gabriel kita dalam berCerpen sangat bagus akan tetapi lagi bagus jika dapat ditayangkan watak hanes suraya dalam bentuk gambar mungkin jalan cerita lagi menarik..cukup sekadar gambar hanes suraya sahaja..yg loqman tu watak dikekalkan tidak bergambar kerana khuatir akan menjejaskan pemikiran para pembaca.
sekian laporan audit dari saya untuk sesi 4/6 2014
Ooo.. ko suka sangat dgn watak Hanez Suraya dalam certot (cerita kontot) aku tu ke Bob Wahab? Ko jangan mudah terpedaya dengan watak imiginasi yg aku cipta tu Bob Wahab oii.. Walaupun nama beliau kedengaran sgt osem, malahan ada bau-bau bacang seakan nama seorang artis di Malaysia ni, namun Hanez Suraya dalam certot aku tu sgt la berbeda..
Ini la rupa Hanez Suraya sebenar dalam certot aku tu.. sesungguh menepati piawaian ko kan Bob Wahab?
-- Edited by GaBRiEL on Sunday 22nd of June 2014 07:05:22 PM
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
jika ini lah watak hanez suraya di dalam imaginasi si penulis Gabriel..apakah mungkin watak imaginasi si watak Lokman di dalam cerita beliau ( tiada kene mengena antara yg hidup mahupun yg mati mahupun yg sedang membaca post ini) mungkin lebih keCadborryiian nya.. sungguh luar biasa pemikiran beliau sehinggakan comment ini ditaip oleh kucing peliharaan saya akibat tidak tahan dengan gambar yang ditayangkan..mujur kucing saya mempunyai iman yang kuat..meoowww..
( tapi aku perasan jugak kucing aku tenung lama tang pic dekat landasan tu sungguh bernafsu kata beliau meooowww )
-- Edited by bob_Woohoo on Sunday 22nd of June 2014 10:31:50 PM
Tapi benerr.. Saya suka tengok aksi aksi jahannam en GaBRiEL ni.. Tapi kalau abam Freedom yg buat aksi ni, saya mesti akan suka kuasa dua giteww..
benerrr sekali.. tak de org kentut yg mengaku dia kentut..
tak de puncuri yg mengaku dia pencuri...
& tak de gay yg mengaku dia gay melainkan di depan secret member club je..
kecuali....
dia seorg lelaki dia akan mengatakan "akulah jantan macho" walopun bergambar takat berdiri kat tiang seri istana budaya (ahaks.. nak tambah eksen pakai pek itam smbil pegang payung.. ayooo..)
atau...
dia seorang perempuan dia akan mengatakan "akulah wanita melayu terakhir" dengan bergambar sambil meliuk lintuk peluk pakwe yg ta kbape nak ensem.. (ensem lagi incek gab.. ahaaaa...)
tapi daripada pemerhatian saya selaku peguam cara tatasusila seorang ahli bina badan negara, beliau yg di atas ni tak pernah pulak menyatakan kemachoan jantan atau keayuan wanita beliau, bahkan menafikan ketidakpastian identiti sebagai sorang gay tersohor. maka oleh itu hanya ada satu kebarangkalian..
barangkali beliau ni spesis awwww seperti abam bod wahab... yang mana kelabnya dipengerusikan oleh incek gab dan dianggotai secara seumur idup full time oleh wak badda.. (ayoyoooo...) dan teman sekutunya incek peedem.. (hahahaa..)
aww... tak rela mak, nyahhh.. menyampahh...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Adehai...banyak sungguh ketinggalan ketapi akakkentin nampknye..
Err..pic ketahian apekah yg kawhorang bg ni..ayayai...geli ulu idung ni ha...
aduii..nak aje akak taji2 yg duduk kt landasan ketapi tu.. cantaik sgt pangaii...hii..tu ke yg gab nak sgt?
Haishh..insap lah..ingatlah klau nak sgt posing cmtu..tggu ketapi nk sampai..hahh baru la..rare ..giteww
__________________
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.