Sekadar berkongsi.. Zaman sekarang org melayu dah tak berapa peduli tentang pantang larang org dulu dulu, katanya itu karut marut. Tapi sebenarnya org dulu lebih dekat dgn alam, jadi lebih tau apa yg baik dan buruk mengikut sifat alam, kut..?
Aku pun tak berapa yakin tentang pantang larang, tapi baru ada try satu pantang larang, yakni kalau taknak bagi pisang tua atau masak, tandan pisang yg dipotong tu rendam dalam air, memang sah pisang yg batang tandannya terendam air takkan tua atau masak, malah ia akan keras dan layu tapi takkan tua/masak walaupun diperam dgn kabaid.
Ini tips kalau pisang dicuri org, supaya pisang yg dicuri tak elok dimakan.
Bila difikirkan logik, memang tak logik, tapi ia macam ada kaitan secara ghaib, kalau tanya sains rasanya memang tak masuk akal.. Org dulu dulu nak buat apa semua ada pantang larangnya, Allah lebih tahu mana yg betul mana yg ghaib.
Abah aku kata, sebab tu org melayu hari ni ramai yg rosak, sebab pantang larang dan adab diabaikan terus. Wallahualam.
Kehidupan dulu-dulu bersendi adat, adat bersendi agama. Kalau sekarang ni, budak-budak buat tak endah soal adat, adab dan pantang larang. Berikut adalah pantang larang orang tua kita dulu yang sekarang ni kita pun tak berapa nak ikut / tak berapa nak ingat:
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bod0h.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
Masa Nad mengandung dl ade jg mak pesan bbrp pantang larang..ikut jela mn y patut tu cthnya
1.Elakkan dr membunuh haiwan takut terkena badi (suami & isteri)
2.Suami tak boleh memancing ikan sbb takut seksa ikan tu bila mulut tersangkut dgn pancing.
3.Jangan keluar rumah bila gerhana@ kalau terpaksa keluar jg gunakan payung untuk melindungi diri dr gerhana takaut anak lahir nnt jadi belang2.
4.Jangan tutup lubang tempat haiwan berlindung cth lubang semut& lipas takut nnt si ibu susah nak lahirkan anak,jangan tambat/ikat haiwan sekadar untuk suka2.
5.Kalau nak makan benda y tersepit cth ayam percik,kena buka dulu sepit kayu tu.
7.Jangan makan makanan terus dari periuk/besen/mangkuk besar,masukkan mkanan dlm pinggan dulu spy anak tak jadi pelahap nnt.
6.Jangan tegur benda pelik @ ejek kecacatan org lain takut anak kenan
Ni antara pesanan y aku ikut masa mengandung...aku xde percaya 100% tapi aku follow sbb pd aku pantang larang tu ade kebaikan kalau ikut logik akal pn kan..
cth kalau makan mmg kita patut bersopan..kalau makan terus dr dlm periuk tu kan dh nmpk kita sendiri pelahap & pengotor
kalau bab haiwan lak ..mmg patut pn kita x seksa haiwan..kalau nk bunuh sbb terpaksa baik bunuh terus..janganla seksa dgn gi tutup tempat dia duduk sampai xboleh keluar cari makan..mmg berdosa pn kan
sebenarnye kan.. bagi aku la.. pantang larang ni asalnya dari orang dulu100x... dulu lagi sebelum org sebelum kita.. maksudnye atas lagi tok nyang tok yot kita.
dan orang dulu2 yang tersangat la dulu kala ni sangat hebat orang nya..
tinggi ilmunya..
sangat menjaga adab dan tatasusila..
ketinggian ilmu dan ketatasusilaan ni dorang terapkan dalam kehidupan harian dorang. dan utk terapkan dalam kehidupan ni dorang ajar dari kecik lagi. macam2 pantang dorang cipta bredasarkan ilmu dan kepakaran dan ketinggian nilai2 kesopanan dorang.
kenapa aku cakap tinggi ilmu?
amik 1 contoh je la.
yang ni ijoi tak listkan tapi aku bagi la ek..
wanita mengandung di larang keluar ketika gerhana, kalau nak keluar pakai payung..
ada kaitan x payung dgn gerhana? x de kan..
tapi nak tau tak cahaya daripada gerhana matahari tu x elok utk mata. boleh merosakkan retina mata.
yelah... manusia ni kan pantang dapat peluang. konon2 tu la peluang nak tengok matahari direct, konon nak tengok chy dia yg samar2 tu. cam ne dilarang pun dah lumrahnye manusia ni degil. kalo tak tengok direct pun mesti ada jugak jeling2 kan..
so, nak elakkn dari terpandang chy matahari tu orang tua2 dolu2 pun buat pantang cenggitu..
ha.. lagi, tidur lepas makan nanti buncit...
betul pe... kalo terus tido lepas makan cam ne makanan tu nak hadam kan? kena la duduk rehat dulu kejap, buat aktiviti sket utk bakar lemak2 x patut, kolestro sume.
dah taram kari kaw 1 mangkuk takkan nak peram lemak dlm kut.. hahaa..
1 lagi.. buat baik dibalas baik.. buat jahat di balas jahat.
pernah aku dengar jin ni boleh masuk ke dalam tubuh manusia, even dlm saraf2 darah pun utk ganggu manusia x ira la cam ne cara pun..
hatta utk ganggu kesihatan atau anak dlm kandungan pun. di situlah relevan nyer pantan glarang orang2 tua ni..
aku nak tulis pjg lagi tapi kena stop. nak pi solat, pas tu nak balik. patner aku ajak menyinggah kodai boli brg sikett..
babaiii...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
orang tua2 larang anak dara nyanyi kat dapur @ masa masak, nanti kawin org tua..
ada kaitan ke?
memang x de tapi...
engkorang tau x apa2 yg kita sebut bagi efek pada makanan yg kita masak espc dlm bentuk cecair, ,lebih mudah terkesan..
bukan kesan degil..
atau kesan kurang sedap...
tapi kalo dah bersembur masuk periuk tu mungkin la kot ada kesan dgn flavour.. hahaa...
tapi kesan pada perubahan molekul makanan tersebut. (molekul ke? aku pun tak hingat. sape2 yg ingat tolong betulkan ek..)
perasan tak ustaz2 ni kalau nak mengubat baca doa2 mesti kumat kamit depan ayaq, pas tu tiup2 sikit...
tau x ngapa?
sebabnye... molekul ayaq tu berubah mengikut apa yg kita sebut..
benda baik kita sebut benda baik la jadinya..
benda buruk kita sebut buruk la jadinya...
x caya.. cuba baca ni..
"Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baikmaka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah. . daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya
Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah S.W.T
nampak x sebab apa aku cakap orang tua2 dolu100x hebat2 dan tinggi ilmu nya.. tu baru sikit.. sikit jer...
so, kesimpulannya drpd pantang larang menyanyi kat dapur ni... utk mengelakkan anak2 mereka menyanyi lagu yg bukan2 yg boleh menyebabkkan molekul tersebut berubah menjadi sesuatu yg x elok, maka diwujudkan ler pantang larang cenggitu.
ngapa x di ajor aje pasal molekul ni kat dema?
iye ler... dema ni yob budak2.. maner ler paham nak diajor pasal molekul ni. lain diajor lain pulak ditangkapnyer..
lagi pun dema ni nak2 kalau bebudak remaja la kan, lagi dilarang lagi dibuat. tambah2 pulak yg kesan dia kita x nampak. jadinye orang tua2 dulu menakutkan anak2 dorang dgn pantang larang cenggitu.. habis citer, x payah banyak soal jawab lagi, yg tu lagi senang paham kan..
betui dak bonda?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
iklas ckp..aku tkedu jap dgn fakta2 y d keluarkan olh cekodok seram sejuk ni...tnganga aku pny mulut...sebijik cheese kek pn blh masuk..ni kan lak langau...
dasyat jg ko pny research erk...klu nk lwn bahas dgn ko nih mmg aku angkat bendera itam putih kelabu cekelat awal2... malu weh kompem aku kalah tnls btanding...
Salah satu perkara yg sains tak dapat huraikan, camne org dulu˛ benda camni.. Org sekarang kena buat research dalam makmal baru tau khasiat satu˛ benda tapi org dulu tau lama dah padahal masa tu mana ade teknologi canggeh sume..
iklas ckp..aku tkedu jap dgn fakta2 y d keluarkan olh cekodok seram sejuk ni...tnganga aku pny mulut...sebijik cheese kek pn blh masuk..ni kan lak langau...
dasyat jg ko pny research erk...klu nk lwn bahas dgn ko nih mmg aku angkat bendera itam putih kelabu cekelat awal2... malu weh kompem aku kalah tnls btanding...
lor... xde ler sampek nak buat research pong.. tapi kadang2 sambil rilek2 bukak tenet, bukak majalah2 ke buku2 lama.. ada ler jugak terjumpa fakta2 yg xde dalam buku teks sekolah ni.
at least buleh buat tambah pengetahuan am kan..
ikoi... hang perli aku noo... x kesah pun..
tapi aku percaya orang dolu2 lebih hebat dari kita skrg. dari segi ilmu akhirat, ilmu dunia, segala segi la..
kalo tak korang pikir la, buleh ke dgn keris tombak je orang2 melayu dulu (e.g: zaman kesultanan melayu melaka) mampu mengawal ketenteraman negara dari serangan kerajaan2 luar yg x abis2 dengki dgn dorang. siap buleh belayar jauh2 sampai arab, sampai china.. ingat takat lalu pantai cetek je ke bleh sampai cina?
dari mana orang2 tua2 dolu2 dapat ilmu kalu bukan dari wali2 atau ulamak2 luar yg datang ke nusantara sebagai pedagang?
kita kenal depa sebagai pedagang, tapi mana kita tau siapa depa sebenaq kan?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Ikoi tu siape la pulok encik cengkodok puteh qu puteh qu puteh barulah putehh? Kalau haku, takdelah haku perli pun, cuma itulah, zaman skrg ni memang ada jenis org yg, selagi tak dibuktikan oleh sains, memang diorg tak caye, selalunya golongan atheist la camni, org melayu majoritinya masih percaya benda2 ghaib camni.
Tapi memang betul, haku pun ade dgr citer2 org melayu dulu2 sgt hebat.. Yg bertaraf wali tu, setakat jalan atas air tu benda biasa je...
Yg lebih hebat, ada wali2 zaman dulu2, solat waktu jemaah kat Makkah, tapi hidup kat tanah melayu.. Punya hebat ilmu diorg, masuk je waktu, diorg dah boleh ada kat masjid haram..
Lepas habis solat jemaah, balik sini balik.. Tapi citer2 camni org sekarang mana nak caye, sebab ikut logik akal tak logik, nak bukti sains lagi laa..
Kebenarannya? Wallahualam.. Tapi dgn kuasa Allah, bulan pun terbelah, takat langkah jejak masjidil haram tu, mudah je .
Hah..bab cite org boleh bjalan atas air tu..mmg aku penah dngr
cite meludah sampai nanas buruk selori,peluru tak lut dkt badan...
hasil amalan org alim dl2
arwah atok aku dl bekas murid pondok Tok Kenali..
mmg femes la disampaikan dr mulut ke mulut...
tp zmn dl mn de smartphone mcm skang..xdptla dirakam utk membuktikan kesahihannya...
cb mcm skang tgh nyangkung dlm jamban pun oleh blh viralkan
klu jln atas air apetah lg..musti blh pecah Guiness Book Of Record
Yelah puan nadia, tapi susah jugak zaman hp kamera ni, sebab dari 9 video, 7 mungkin fake n edit je. Jadi zaman sekarang ni kalau dapat rakam video pun, skeptic jugak, nak pecaye tu lagi susah kalau benda2 gini..
Satu lagi hebatnya org dulu yg susah haku nak pecaye.. Kisah hang tuah lawan hang jebat masa hujan, tapi diorg tak kena hujan.. Kalau betul, maka betapa lajunya langkah silat diorg..
Patutlah boleh lawan penjajah yg gune pistol n senapang..
sekali bukak gc.. hamboiiii... cam ketetapi korang borang2..
dengan thread bold tak baca2 lagi jenuh aku nak membaca sumenye..
baguih ler kalo kelian dh aktip balik. kalo tak sunyi sepi je gc ni..
balik2 muka ijoi..
asik2 muka wak..
lagi2 muka pidem..
kadang2 muka nad...
shekali shekala muka lain menonjol..
aku pun kengakdang je menempel...
wak.. bengkle dah abis ke? bengkel bajet kiut ke wak? ngahahaaa... bajet taun depan dah abis kire belum?
pasal orang2 melayu dulu.. aku generalkan orang2 islam la ek..
orang2 islam dulu bagi aku lebih hebat teknologi daripada jaman langit mencekau langit ni..
pasalnye.. pedang damascus... pedang paling tajam milik sultan salahuddin sampek sekarang teknologi paling moden pun tak mampu nak meniru teknologi dia..
pistol.. asal nama terakul kot.. orang islam yang pakai dulu sebelum omputeh.. koboi..
cermin... orang2 portugis yg masuk melaka lepas melaka dikalahkan.. terkejut tenuk tengok menatang tuh.. (tu pun dikhabarkan melaka x de orang masa portugis masuk.. sebab tu melaka senang2 buleh jatuh ke tgn portugis. dikhabarkan jugak portugis ada org dlm yg belot menyebarkan khabar2palsu yg sebabkan org2 melaka kesemuanya keluar meninggalkan melaka, termasuk hulubalang2 hebat dan pemimpin2 sekali..) diceritakan jugak (tak de dlm buku sejarah kat malaysia tapi ada dlm rekod omputeh sendiri) banyak senjata2 canggih yg portugis belum ada dirampas (boleh kata diambil dgn senang lenang sbb xde sape pertahankan pun, dah x de orang kt istana kan..)
paling mudah nak ingat kapal nabi nuh. ingat senang ke nk buat kapal besar gedabak ni. nk buat kapal kecik2 pun kalo tak de teknologi.. maksud aku paling kurang pun alatan yang betul la.. cam ne nak buat kan, atas bukit pulak tu, dah tu tukang buat lebih kurang 100 orang je, tu pun termasuk wanita dan kanak2..
hmm... bnyk lagi nk sebut sbnrnye..
tapi pasal pantang larang ni mcm wak badda ckp la.. orang dulu2.. sebelum org yg sebelum... sebelum tu lagi... sebelum dulu2 lagi... duluuuuuuu lagi... buat pantang larang ni berdasarkan pengalaman dan ilmu dorang.. utk kebaikan dan kesejahteraan anak cucu cicit dorang.. salain utk mendidik dorang. yolah.. dah besaq kang tau lah dorang kenapa ada pantang larang tu kan.. maso kocik2 tau ikuttt jee... dah omak bapak tok nenek eh kato jangan dibuek, makno eh jangan ekau mandai2 buat jang..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
kebanyakkan petua2 org2 dlu kita ni mmg ada asas...dan......asasnya jgn ZALIM....iaitu meletakkan sesuatu bukan kpd tempatnya....petua2 ni juga ada kaitan gan sunnah & ajaran Islam yg di olah kepada kehidupan melayu
sbg cth jgn tido meniarap (bgi lelaki) & jgn tido terlentang ditakuti akan cepat mati ibu atau bapa kita...sedangkan ini terang2 Rasulullah larang/tegah
so...conclusion nya mmg byk kebaikkan petua2 org kita sbb utk mendidik & namun di zaman skrunk kita perlu tau kaedah mengolah atau menerangkan disebalik petua tu....klu di tanya