Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: semua tentang Isya


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:
semua tentang Isya


Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang gila cakap dengan lelaki. Member-member memang puji lah cara dia. Jadi memang susah juga aku nak cuba tegur dia masa tu. Segan weh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, jadi tak ada lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki.

Cantik? Memang lah, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha... Cantik pada mata aku lah. Member-member pun ada yang cuba usha. Sori lah dia nak layan. Haha... Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga gila. Hehe...

Eh, duk ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa pula nak kasi tahu nama. Nama panggilan dia Isya. Nama betul dirahsiakan. Hoho...

Aku usha cara yang elok-elok lah, pergi jumpa bapak dia dulu.

Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw lah aku dibuatnya. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak kenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, Kau ni, camne kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal? Aku jawab lah, lepas kahwin lah saya kenal dia pakcik. Lepas tu sengih-sengih. Bapak dia terdiam.

Masa tu rasa down gila. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu... Masa tu aku dah terfikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi seorang yang aku suka. Ha, yang ni aku memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Maya. Aku memang serasi lah dengan minah ni. Haha... Tapi last-last orang lain jugak yang aku pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya, jeng jeng jeng... Tak seperti yang aku jangka. Haha... Aku ingat kena reject, sekali family dia orang terima. Warghh happy giler.

Alhamdulillah. Jadi, memang sah lah tak ada jodoh aku dengan Maya. Masa aku bagitahu Maya aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gila aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Isya. Happynya aku Tuhan sahaja yang tahu. Kat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam lah pula. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Isya taklah bisu sangat. Kadang-kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Isya bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Last-last aku dah malas nak borak. Oh! Boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu.

Psycho seyh...

Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok sederhana tegar juga lah. Tapi bini aku pula memang macam fobia gila dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk uhuk uhuk gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok masa kat pejabat je.

Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pula tak boleh bau ubat, mesti pening kepala. Hari-hari aku yang hantar, ambil dia pergi hospital. Time ambil dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. Jadi aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit udara.

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh buka tingkap kereta. Aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat kuat sangat dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan. Isya sendiri pun tak tahu. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Isya berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat! Aku seorang kerja dah cukup sara hidup kami!

Dekat setahun kami kahwin, Maya tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambil dia jadi bini nombor dua. Dia sanggup.

Alamak ni dah kes angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Maya yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia berani propose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap pada dia, ya aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang. Dan banyak benda yang kami tak ada persamaan. Isya memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama. Jarang lah dapat makan yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha... Macam tu lah bini aku. Lucu pula.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Isya dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Isya pula dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarang lah menjadi). Aku bagitahu Maya, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Maya terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahun lah. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji sume dia memang bagus. Anak aku Faris, memang dia train elok-elok mengaji Al-Quran.

Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu lah pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, agaknya. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Isya memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur.

Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang officemate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. 

Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. Jadi dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi! Cuma tak ada lah sampai ke bilik. Aku tetap sayangkan bini aku...

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecil hati si Isya pula. Dengan Lisa lah tempat aku luahkan perasaan, kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Lepas tu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.

Isya sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Faris terganggu. Aku pelik, apa kaitan?

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambil air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

Jadi aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap. So sad!

Ketika perkahwinan aku ngan Isya mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Isya mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Isya mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Isya dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap!

Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut lah Isya jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitahu aku?

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi kesan kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jadi jantung jadi lemah. Sebab itulah yang menyebabkan Isya jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan sekejap sahaja. Tapi Isya tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!

Aku buntu...

Masa tu lah baru aku terfikir, kami tak penah bertikam lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ini. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita kat aku.

Jantung Isya dah lemah sangat, doktor kata mungkin Isya tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Isya selama ni.

Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Mulianya hati Isya, Ya Rabbi tak terkata.

Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang, Isya...

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit jam tu, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan ku menangis bila dirimu melamarku,

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita,

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Isya ketawa,

Isya hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Isya berjenaka,

Mungkin Isya kan menangis dibahu abang,

Kerana Isya tak mampu berbicara,

Seperti orang lain berkata-kata,

Kerana Isya tak mampu ketawa,

Seperti orang lain berjenaka,

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Isya pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Isya tetap dihati abang,

Isya sujud sejuta syukur pada Ilahi.

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Isya selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.

Berderai lagi air mata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Isya awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Isya beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri pada Isya?

Mulai saat tersebut aku jaga Isya sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk kerja pun kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Isya yang jaga. Masa tu aku dah serabai gila. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Isya dalam hidup aku.

Dalam keadaan Isya yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas. Dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Haha... Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia

Namun Isya dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah...

Tersedu hati aku. Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. 

Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah ke telinganya. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir. Ku panjatkan doa agar kematiannya adalah Husnul Khotimah.

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Faris, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Isya. Semoga dirimu bahagia menantiku di pintu syurga, isteriku tercinta, Isya...

Copy n paste

#cerita yg sha ambik dr fb.. Menyentuh hati.. Mngkin nme kmi seakan2.tp cerita nya yg paling mnyentuh hati.. . Huhu

kredit Tuah Mohd Bakheet



-- Edited by Sasha Aqira on Friday 25th of September 2015 04:12:41 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

err dh tukar karier yer chacha aqira
jd penulis novel lak

pttla lm mhilang
ghupenya sibuk bertapa
cri idea bt ceritera..

bl nk jd penulis skrip cerita seram lak?

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

nadia wrote:

err dh tukar karier yer chacha aqira
jd penulis novel lak

pttla lm mhilang
ghupenya sibuk bertapa
cri idea bt ceritera..

bl nk jd penulis skrip cerita seram lak?


 kak nad ..copi pasta je ni... cerita menusuk jiwa kan.. 

teringin nak tepek cite jugak ni.. kande ijoi bnyak kali pesan 

suh rajin2 kan jenguk gc.. nnti ade mase kite type cite k..nk tulis xleh.. sbb dlm pc

ngeh ngeh..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Cerita yg bagus.. Tapi aku baca baris akhir tu je.. Kredit Tuah Mohd Bakheet tu..

Sape boleh tolong bacekan?

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

wah2 bila kanda ijoi pesan je
bdesup taip cite dlm gc

klu kanda ijoi ajak kenduri
bdesup buat kad kahwin ni

huargh2
wak Baddatummmm
owh wak Baddatummmm
tgk le bebudak 2 org ni....

ku seru namamu wak Badda....

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Haih.. Bile type pnjang2.. er (copy pnjang2)  tamo bace

Kecik hempedu kite.. Yelah... Psni cite pendek2 je cukopdoh

Kak nad.. Klau ajak knduri kite pegi jela.. Asal nk wat kad plk.. 

Nk mkn nasik minyak bkn kne wat kad.. P kne tggu kande ijoi pos kad la..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

yea cik puan nadia Qut ...

diarang ni .... berkanda dinda nie ... err ..

apa maksud ek?

 

(wak udah pk lain nie ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

badda2 wrote:

yea cik puan nadia Qut ...

diarang ni .... berkanda dinda nie ... err ..

apa maksud ek?

 

(wak udah pk lain nie ...)


 haha.. Pngiilan nya mmg cmtu kan dri dulu.. Wak ni sengaja ea

Pngil bro ijoi je la pas ni. ..haha



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

badda2 wrote:

yea cik puan nadia Qut ...

diarang ni .... berkanda dinda nie ... err ..

apa maksud ek?

 

(wak udah pk lain nie ...)


 Err maknanya..

kita berada di zmn kesultanan Melayu Melaka duhai waknda Badda

barang siapa berkelana di sni

pasti sesat ke zaman lampau

 

wahai adinda Bubur Cha2 Aqira

alangkah senang ht kekanda

andai adinda

menjemput kanda ijoi

bersantap ditepian pantai

bertemankan suasana berkabut jerubu

 

kami dayang2 istana hmpir menopos & monopod  ini

sudi menjadi sang pemerhatibiggrinbiggrinbiggrin

 

tak gitu waknda Badda????

 

 



__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hummmm ... sebelum haku heeya kan akan kata akata adindaku Nadia Qut ...

makenya haku kenalah selak selak selembar dua lembar benang ... errrrr..

benang .. benang haper yea ...

akan kemunasabahan mereka ... kite tunggu jelah adinda ku Qut ..

jika ade ade la... jike x de .. x pe waknda belanjerrr makan nasik arab kat batu di pahat yerrr ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Haha. Gosipping nmpakkk.. Hamboii..
Mkn xhajak
Kesultanan mlayu ye.. Adehh..
Wak nasi arab kt johor sedap ke..
Haih lme xmkn


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adindaku sasa akira kira kira ....

nak kate sedap nasik arab tuu ...

kolo suke .. sedap la .. kalau x suke x sedap laaa a... hik hik hikkk ..

 

 

sasa akira kira kira kira... xde citer misteri kerrr ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Nasi arab mmg sedap lau arab yg masak
Tu yg tanye arab johor masak sedap ke tak.. .hahha
Cerita misteri tu ade.. P tukang taip yg xde wak uii..
Hehe.. Kebusyan melande la wak.. Lau taip sikit2 sambung
buat org marah je nnti huhu..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Wah, tatabahasa melayu kuno yg digunapakai Nadia dgn waknda ni sememangnya bertaraf university Cambridge.

Patutla aku bace kecik besa kecik besaa pun masih tak paham, sebab aku ni belum amik spm lagik..

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adindaku yang manis nmunawaannn ijoi trang tang tang ...

kolo besa kecit besa kecit aku paham la...

kolo kecit besa kecit besa x paham ..... cer beri pencerahan ...

 

adindaku yang encem lagi macho sasa akira kira kira ...

takat nasik arab .....  x payah citer kat sini la ekk .. nanti tambah busyan ...

jom kite g taman permainan kanak-kanak ....

main jongkang jongket (dalam bahase sekarang waknda x tau ..) ...

lagik seronok kan kan kan ....

 

 

(kolo otai-otai GC bacelah posting kite mite niii (terutame mokcik ICU) .....

memang menyumpah seranah la diarang ........

tahap kanak-kanak lom mumayiz zimbabwe punya posting ......

tarak nilaiii ... nguahahahahahaha ....

dah tu .... sape suruh x log in kt GC ..

suke kitaorang la buat camna ..... ye x ......kik kik kik kik ..)

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Sasha Aqira wrote:

Nasi arab mmg sedap lau arab yg masak
Tu yg tanye arab johor masak sedap ke tak.. .hahha
Cerita misteri tu ade.. P tukang taip yg xde wak uii..
Hehe.. Kebusyan melande la wak.. Lau taip sikit2 sambung
buat org marah je nnti huhu..


 

 

Tak pernah lagi makan nasik arab.. Best ke? Ada beza ke dgn nasik putih nasik ayam atau nasik bujang?



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Ijoi wrote:
Sasha Aqira wrote:

Nasi arab mmg sedap lau arab yg masak
Tu yg tanye arab johor masak sedap ke tak.. .hahha
Cerita misteri tu ade.. P tukang taip yg xde wak uii..
Hehe.. Kebusyan melande la wak.. Lau taip sikit2 sambung
buat org marah je nnti huhu..


 

 

Tak pernah lagi makan nasik arab.. Best ke? Ada beza ke dgn nasik putih nasik ayam atau nasik bujang?


 xbanyak beza pun still jugak nasik..tapi beras untuk buat nasi arab biasanya guna beras basmati, membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi, tiada kolestrol langsung dan rendah kandungan sodium. Tidak mempunyai glutin, kandungan asid amino yang tinggi beserta glukos yang membekalkan tenaga kepada badan kita.. sebab tu saya suka  

Tambah pulak khasiat daging kambing.Kita banyak salah faham dengan daging kambing, jantunglah, darah tinggilah, kolesterol tinggilah, semua nak kaitkan dengan daging kambing rupanya semua tu silap.daging kambing sangat banyak manfaat dan khasiat. Malah daging kambing berfungsi  mencegah darah tinggi serta obesiti juga pengurai kolesterol tepu.

huhu sebab tu saya suka..haha tulis banyak2 .. xdapat bagi rasa kena terai baru tau kan kan wak ndaaaaaabiggrinbiggrin jawab wakkk.. sedap x nasi arab kt JDT??

 



-- Edited by Sasha Aqira on Friday 30th of October 2015 04:44:34 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Wahh banyak sungguh ilmu pengetahuan onyi sasha akira kira tentang nasi dan juga kambing ye..

Boleh jadi penternak kambing berjaya ni.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adinda sasa akira kira kira kira ...

pasal nasik arab ni ... biasanya di johor memang guna beras basmathi yang panjang panjang tu

kalau sini ... beras faezah basmathi la ... sebab kilang beras faaezah ada dlm daerah wak ..

kat sini macam macam jenis nasik arab .. ada yang kaler kuning air sahaja ..

ada yang berempah sikit ... terpulang pd kita nak kambeng atau ayam ...

kalau nasik beryani agak berminyak dan kuning pekat ...

kalai nasik arab x berminyak sangat ...

 

 

 

adinda yang ensem bukan kepalan Ijoi trang tang tang ..

kolo ternak kambeng kene berjaya yea?

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard