Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: terima lah balasan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
terima lah balasan


bismillah.jpg

Siti(bukan nama sebenar),seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat,pada suatu hari dia menaiki sebuah bas untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman..pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata,bajunya agak nipis,seksi dan hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Didalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:-

'Wahai pemudi alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu.Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki'nasihat orang tua itu.

Namun,nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntuan agama itu dijawab gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek.

'Siapalah kamu wahai orang tua?adakah ditangan kamu ada anak kunci syurga?atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.Tidak cukup setakat itu,si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

'Ambil telefon aku ini dan segera kamu hubungi ALLAH serta tolong tempah kan sebuah bilik di neraka jahanam untukku'katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum ALLAH dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadia manis itu.Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakuannya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam,ada yang mengelengkan kepala kebingungan.Lantas semua yang didalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih terok lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba diperhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu.Sedetik kemudian dia mengelengkan kepalanya,gadis tersebut telah kembali menemui tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang mengemparkan itu,dalam suasana kelam kabut itu,tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan mayat tersebut,tetapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yang aneh berlaku pada mayat gadis itu,mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.Dua tiga orang lelaki cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat,dan akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat gadis itu.



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard