Suatu ketika dahulu,seorg maharaja mengembara ke tanah-tanah jajahannya dgn diiringi oleh laksemana dan para embesar negeri.Dlm perjalanan pulang dari pengembaraanyg jauh itu,maharaja itu mengeluh kepenatan.Tapak kakinya melecet.
"Jalan di tanah jajahan kita ni teruk.Batu-batunya tajam,berbonggol-bonggol,habis luka kaki beta ni," maharaja mengeluh ketika tabib menyapu ubat pada tapak kakinya.
Apabila tabib menyudahkan kerjanya,maharaja mengeluarkan arahan,"suruh rakyat jelata sembelih binatang ternakan mereka,kemudian lapik setiap inci jalan di seluruh negeri ini dengan kulit binatang tadi."
Penasihat beginda mengangguk,begitu jg dengan para pembesar negeri yg mengiringinya,kecuali seorang.Lelaki tersebut dgn sopan menghamiri beginda dan berkata"Tuan ku daripada menghabiskan harta rakyat dan negara serta menyusahkan rakyat,bukankah lebih baik dipotong sedikit kulit binatang itu dan buat pelapik kaki tuanku?"
Maharaja terkejut kerana inilah kali pertama ada org berani menyanggah kata-katanya.Tetapi beberapa ditik kemudian maharaja tersenyum,beginda bersetuju supaya dibuat sepasang kasut untuknya.
Pembaca budiman,bagi menjadikan dunia ini lebih indah dan bermakna,yang perlu berubah bukanlah seluruh dunia,tapi diri kita sendiri.
P/S:Moral nya beb....lain kali bila jalan kaki pakai selipar jepun ke ...apa2 ke.tak le sakit kaki.