Semoga kisah di bawah menjadi pengajaran yg paling berguna untuk diri tuan2 dan diri saya sendiri. Insya Allah..
Kisah ini dikatakan berlaku pada era selepas zaman para sahabat.. Wallah hu alam...
Pada ketika itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan rajin beribadat siang mahupun malam. Tidak pernah dia sekali pun melanggar perintah yang di suruh dan melakukan perkara yg di larang Allah.
Pada suatu malam datang Syaitan cuba menguji hamba Allah ini tadi. Maka terpedayalah hamba Allah ini, lalu berjanji untuk bersahabat dengan syaitan itu. Pada malam itu syaitan dan hamba Allah itu berboraklah sehingga masuk waktu Subuh. Hamba Allah ini tidak menunaikan solat Subuh. Syaitan dah senyum sikit.
Sambung borak lagi, sehingga masuk waktu Zuhur. Hamba Allah ini tidak bersembahyang Zuhur juga. Syaitan tambah gembira lalu berkata dalam hati "dia ni lah sahabat aku dunia & akhirat." Terus berborak lagi sehingga masuk waktu Asar. Hamba Allah ini terus asik bercerita dan tidak menunaikan solat Asar. Syaitan dah mula pening kepala.
Sambung borak lagi, sehingga terlepas waktu Maghrib dan Hamba Allah ini tidak mengerjakannya. Syaitan langsung tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Hamba Allah dan syaitan terus berborak sehingga masuk waktu Isya'. Hamba Allah ini juga tidak menunaikan solat Isya. Terus syaitan berkata :
Syaitan : Aku tidak mahu lagi menjadi sahabat ko wahai Hamba Allah.
Hamba Allah : Mengapa begitu? Bukankan baru malam tadi kau berjanji mahu bersahabat dengan aku??
Syaitan : Sesungguhnya aku takut. Tahukah kau bahawa aku ni dulu waktu di suruh oleh Allah untuk sujud sekali sahaja pada Nabi Adam, aku tidak mahu lalu betapa murkanya Allah dan aku di usir keluar dari Syurga Allah untuk selama-lamanya. Inikan pula kau yang telah lima kali sehari semalam menginkarinya. Aku tidak tahubagaimana murkanya Allah kepada kamu nanti.
Sekian.
Ujian bagi sesuatu kebenaran itu bukan berani mati, tetapi berani hidup.
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
hmm..aku tak berapa jelas la..paham cerita ni tapi mcm tergantong je...maksud aku takkan akhirnya cerita mcm tu je? walau bagaimana pun aku tetap jadikan sebagai teladan mengenai kisah yang ko lampirkan ni..tq
fizie ni wat2 x faham plak.. tapi mmg zaman sekarang ni ramai yang senang hati x solat..releks je mcm x takut balasan yang akan diterima sebab meninggalkan solat... ada member aku lagi selamber je dia kata apasal nak solat?muda lagi...dunia belum nak kiamat pon.. kuang ajo sungguh kan?
__________________
why on earth people always do something stupid for the sake of love????
dia berkata begi2 wahai mawar putihku? sesungguhnya amatla durja nestapa beliau.. ckp ngan dia..kite ni sok blom tentu ag hidup... so igt2 la skit..."errr alamak da 4 stengah zohor tak solat ag nih..takpela buleh jamak takyah..."kata matematis dengan penuh rasa bongkak dan takaburnye...
Ingat rukun islam dan rukun iman..insya`allah teguh perjalanan kite sebagai hamba manusia..tunaikan perkara wajib dan tinggal perkara yg jahat..makruh harus dielakkan...
Agak-agak lah kan, syaitan tu bukan takut lah tapi salute sebab orang tu dah lebih dahsyat dari syaitan tu....Dah boleh naik pangkat jadi ketua syaitan