Kisah ini berlaku di sempadan.... seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan. pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik" .
Pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu. Keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa basikal bersama dua guni pasir..
Pegawai imigresen masih tidak puashati lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni itu... setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang dulu.... suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai kopi.... pegawai imigresen pun bertanya...
"sebenarnya apa kerja kamu ?
jawab lelaki itu.... "sebenar nya saya seludup basikal ....."
Encik. Pegawai imigresen tadi senyum sambil terpinga-pinga.....lalu beredar dari situ..!!!!
moral: Jangan Seludup Barang dan jangan Tak Perasan.Kekadang penjenayah lebih cerdik dari pihak berkuasa.