Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ujian Untuk Masuk Surga


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 35
Date:
Ujian Untuk Masuk Surga




Tiga lelaki, seorang ahli falsafah,seorang pakar matematik dan seorang yang agak bodoh (tak berapa pok) bersama-sama menaiki kereta dalam satu perjalanan. Mereka mengalami kemalangan - kereta melanggar sebatang pokok. Ketiga-tiganya pengsan dan tak tahu apa yang terjadi. Tahu2 tiga orang tersebut mendapati diri mereka sudah berada disebuah jambatan menuju ke surga, dimana malaikat dan iblis sudah berdiri di hadapan mereka.

"Tuan-tuan" si Iblis memulai pembicaraannya, "oleh kerana surga nsekarang ini sudah terlalu penuh, maka hanya orang yang ddapat mengemukakan soalan yang saya tidak dapat menjawab sahaja yang akan dibenarkan masuk ke surga. Tapi jikakalau saya boleh jawab soalan itu, maka orang yang bertanya tadi akan ikut saya ke neraka!" Kata Iblis lagi.

Kesempatan pertama diberikan kepada seorang ahli falsafah. "Oke iblis, sekarang cuba kamu berikan kepada saya satu buku pelajaran yang sangat lengkap karangan Socrates". Kata ahli falsafah itu.
Dengan hanya sekali petik jari, Iblis menghulurkan sebuah buku. Kemudian ahli falsafah tadi membelek-belek buku tersebut dan mengatakan buku tersebut memang karangan paling lengkap Socrates.
"Dan pergi ke neraka-lah kau!" Perintah si Iblis.

Kemudian tiba giliran pakar metamatik. "Coba jawab formula penghitungan yang paling canggih ini". Kata pakar metametik sambil memberikan sekeping kertas kepada iblis. Dengan sekali petik jari saja kertas yang sudah berisi jawaban diberikan kpd pakar metametik itu oleh Iblis. Setelah dicek ternyata jawapannya tepat.
"Dan pergi keneraka-lah kau!" . Kata Iblis dengan angkuknya.

Orang terakhir ialah mamat yang "tak berapa pok" tadi tu. "Berikan saya sebuah kerusi!", katanya kepada Iblis.
Dengan serta merta sebuah kerusi diserahkan kepada si mamat tu.
"Sekarang buatkan 7 lubang di tempat duduk kerusi ini!" Si mamat tu mengarahkan Iblis. Si iblis dengan ketukan jari maka jadi-lah 7 lubang di kerusi tersebut . Kemudian si mamat tadi duduk di atas kerusi dan tiba-tiba dia mengeluarkan kentut yang sangat kuat. Setelah berdiri, si mamat pun tanya kepada si iblis. "Dari lubang mana kentut saya tadi keluar?".
Si iblis sambil ketawa, memeriksa sejenak lubang2 yang terdapat dikerusi tersebut dan kemudian menjawab "Kentut-mu keluar dari lobang ketiga dari sebelah kanan".
"Wekk....salah!!!. Sebenarnya kentut saya keluar dari lubang jubor saya nih!" Jawap si mamat yang "tak berapa pok" sambil ketawa tergolek-golek.
Dan seperti dijanjikan iblis, si mamat tu pun dihantar pergi ke surga......


__________________
Aku, kamu & sape sape jelah..


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

kwoh..kwoh..kwoh....terkeluar kahakku ketawa..

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard