Kalau kutahu hari ini dalah terakhir melihat ayah tidur, akan kurangkul tubuh ayah erat-erat dan berdoa agar hidup ayah diberkati Allah.
Jika kutahu hari ini adalah kali terakhir aku melihat ayah melangkah keluar. Akan kupeluk dan kukucup lalu kurayu agar ayah kembali segera.
Jika kutahu hari ini merupakan kali terakhir aku mendengar suara ayah yang merdu, akan kurakam setiap gerak laku dan suara ayah supaya boleh kutonton setiap hari.
Jika kutahu hari ini merupakan kali terakhir kita bersama, akan kuluangkan seminit dua untuk mengucapkan… “ayah, saya sayang ayah!”
Jika kutahu ini merupakan kali terakhir kita menghabiskan masa bersama, akan ku pastikan ayah merasa bahagia.
Sememangnya esok akan menjelma dan kita masih boleh membetulkan keadaan. Masih ada esok untuk mengucapkan ‘saya sayang ayah’ dan masih ada peluang untuk bertanya, “boleh saya lakukan sesuatu buat ayah?” Tetapi mungkin aku tersilap dan hari inilah yang aku ada, aku akan ucapkan bertapa aku sayangkan ayah dan aku berharap kita tidak akan lupakan hari ini.
Esok bukan satu janji kepada sesiapa, tua atau muda dan hari ini mungkin peluang terakhir yang ada untuk menumpahkan kasih sayang kepada ayah.
Mengapa menunggu sehingga esok, kenapa tak lakukan hari ini, sekarang juga?
Jika esok tidak menjelma kita kan menyesal, kerana tidak meluangkan masa untuk melimpahkan kasih sayang serta memuji ayah. Mungkin inilah harapan terakhir.
Jadi hampirilah ayah, bisikkan ke telinga ayah bertapa kita menyayangi dan amat memerlukannya. Ambil masa untuk berkata: “maafkan saya, ayah”… “terima kasih ayah”… “saya sayang ayah” dan jika esok tidak menjelma kita tidak akan menyesal…
-- Edited by chikun at 17:39, 2006-04-29
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
sedeynya jiwa....abah jiwa takda ..sblm dia meninggal kami ada krisis sikit....kalau la jiwa tau dia akan pergi....jiwa nak ckp jiwa tetap syg dia wlpun dia buat begitu kat jiwa...maafkan along abah......wl apapun abah tetap abah along....
Emm...sed!h biLe ciTe sal ayah.. wpUn aYah aku aDe Lg, tp xTau smpaI bILe Tuhan nk dIe hidUp kt Bum! nie... hoPefuLLy, aku seMpat nk bGtau dIe yg aKu syyyygggggggggg sgt kT die....