Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ancaman Virus Telefon Bimbit Dan Cara Mengatasinya..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Ancaman Virus Telefon Bimbit Dan Cara Mengatasinya..


Mobile Ancaman virus telefon bimbit sudah diketahui semenjak tahun 2004 lagi ekoran kejayaan
Kaspersky Labs mengesan cecacing bernama Cabir.Namun,pengguna telefon bimbit kembali
dikejutkan apabila muncul pula sejenis virus yang disebarkan menerusi perkhidmatan MMS
yang dikenali sebagai Commwarrior.Virus ini dianggap lebih berbahaya berbanding Cabir.
Virus ini berkebolehan untuk disebarkan menerusi perkhidmatan MMS dan bluetooth.

Serangan virus terhadap telefon bimbit dijangkakan akan terus berlaku dan akan muncul
pelbagai lagi virus telefon bimbit dimasa akan datang dan kemungkinan tahun 2006 ini juga
tidak akan terlepas dari ancaman virus baru yang dapat dikesan oleh pakar keselamatan komputer.
Sebelum ini ancaman virus meresahkan pengguna PC tetapi kini pengguna telefon bimbit juga
tidak terlepas dari ancaman serangannya. Penggunaan sistem operasi Symbian pada kebanyakkan
telefon pintar terkemuka dunia seperti Nokia,Sony Ericsson,Samsung dan sebagainya menyebabkannya
menjadi sasaran utama virus ini.



Cabir
Cabir merupakan cecacing rangkaian pertama yang merebak menerusi bluetooth dan telefon pintar
berasaskan Symbian OS menjadi sasaranya.Cabir berbentuk fail SIS iaitu fail Symbian akan menjangkiti
sesuatu telefon bimbit apabila ia dipasang dengan menekan 'ok' dan 'Yes' dan ia akan mula mencari
bluetooth telefon lain yang menggunakan Symbian OS berdekatan dan jika ia berjaya dikesan,maka,telefon
itu akan menerima salinan failnya.Tanpa disedari anda mungkin salah seorang mangsa virus ini dan
telefon bimbit anda sering kehabisan bateri kerana virus Cabir ini akan membuatkan bateri telefon bimbit
cepat kehabisan.



Commwarrior
Virus ini dikatakan mampu merebak ke telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Symbian series 60.
Virus ini dikatakan berasal dari Rusia.Kemunculan virus ini telah dijangkakan seawal bulan Januari 2005
lagi.Virus ini dipercayai lebih berbahaya berbanding Cabir ekoran keupayaannya untuk disebar menerusi
perkhidmatan MMS serta bluetooth.Virus ini juga akan menyebabkan kehabisan bateri berlaku lebih cepat.
Virus ini tersebar melalui telefon bimbit yang sudah dijangkiti virus ini,kaedah sebaran adalah dengan
menghantar MMS kepada telefon bimbit lain yang nombornya telah tersenarai didalam telefon bimbit tersebut.
Virus ini juga akan mencari bluetooth telefon bimbit lain yang berdekatan yang sedang aktif untuk disebarkan.
Virus ini bukan sahaja menyebabkan kehabisan bateri malah merugikan pengguna dari sudut kewangan kerana
terpaksa menanggung bil telefon menerusi penghantaran MMS yang tidak disedari.



Cara mengatasi dan menghapuskannya
Untuk menghalang virus ini dari tersebar pada telefon bimbit ialah bergantung pada pengguna itu sendiri,
pengguna harus sentiasa berwaspada untuk tidak memasang atau 'install' apa jua aplikasi yang tidak
dikenalpasti puncanya dan aplikasi itu bukan pengguna sendiri yang memasukkanya.Pengguna juga harus
berhati-hati dengan MMS yang dihantar terutama yang tidak dikenalpasti isi kandungannya dan jangan sesekali
memasang aplikasi berbentuk MMS yang diragui punca serta kandungannya atau yang terkandung didalam 'inbox'.
Pengguna dinasihatkan juga tidak sentiasa mengaktifkan sambungan bluetooth dan bluetooth hendaklah diaktifkan
hanya ketika perlu sahaja.Untuk mengatasi virus ini dengan cara yang lebih berkesan pengguna bolehlah memasang
F-Secure Mobile Anti-Virus..

__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 201
Date:

terima kasih ats panduan sdr nihhhhhhhh 


tapi gua rasa gua sbagai orang yang pernah kena ancaman commwarrior tersebut,gua nasihatkan kepada sapa-sapa yang kena virus hp ini supaya hantar kedai jer lah hp tuh untuk diformat balik, kos untuk reformat ni lebih kurang rm30.00 - rm50.00 ikut kedailah, bagi sekali format. kalau guna anti virus f-secure pun boleh jugak - free untk 1 bulan,  tapi hampa kena bayaq rm 45.00 untuk tiga bulan, selepas tempoh trial itu tamat. Fikir-fikirkanlah.


Haaa lepaih dah format balik tu kena ambik lah langkah berjaga-jaga..... spt jgn bukak bluetoot, atau jgn buka mms yg mengarut yg suruh kita install apa2 kejadah tu....


kalau sapa2 yg baru kena, langkah pertama yg hampa kena buat ialah delete semua no hp dlm phone book... kalau tak, nanti semua no yg ada dlm phone bok hampa tu akan menerima mms drpd no hampa ..... mms virus lah t u.....


langkah paling last sekali, kalau x mau pakai antivirus f-secure, atau x mau reformat hp korang tu, ada cara yg paling mudah.... baling jer hp korang kat dinding, nescaya vuris tu akan mampuih bersama dengan hancurnya riwayat sebuah hp.......


 



-- Edited by rey_mysterio at 14:21, 2006-05-06

-- Edited by rey_mysterio at 14:22, 2006-05-06

__________________
CYBERCOM(My Company) Website Aku Naruto Malaysia


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

pasal tuker mak aku cpt abis bateri..


tapi tepon mak aku punya yang tak canggih punya tuh...


aaaaaaa...rasa nak dibunuh aku..


sapa aku nak bunuh!aku nak bunuh org ynag meragut beg mak aku kira² beberapa bulan yang lalu..


Barang Yang Hilang


1)henpon baru(aaaa,ada kamera,mp3 dan bluetooth)apsal la ilang


2)henpon kompeni dia(2 ilang)


3)duit rm80(ni yang lucu nih)



__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 201
Date:

ayah ajar kalau hilang barang bacalah innalillah wainna ila hirajiun.....



__________________
CYBERCOM(My Company) Website Aku Naruto Malaysia


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

ye..ye..

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

enpon 3310 punyer x derk ker??

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard