Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana anda dirompak oleh webhosting anda..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Bagaimana anda dirompak oleh webhosting anda..


Dapatkan 2Gb Ruang web dan 50GB bandwith dengan harga RM20 sahaja sebulan”

Owh… Iklan yang sungguh memikat, pastinya akan membuatkan ramai pemilik-pemilik laman web yang kecil merasakan mereka telah tertipu dengan perkhidmatan webhosting yang mereka gunakan sekarang.

Pemilik-pemilik laman web kecil ini adalah merupakan mereka yang telah membeli ruang web yang kecil daripada penyedia perkhidmatan webhosting untuk kegunaan website mereka, mungkin hanya sebesar 20, 50, 70mb. Kini, setelah melihat iklan yang terbaru, mereka mula rasa tertipu kerana mereka membuat pengiraan seperti berikut:

“Jika 2000Mb (2Gb) berharga RM20 sebulan, ini bermakna… harga bagi 30Mb yang aku beli di webhosting sekarang ini sepatutnya berharga (RM20 X 30Mb/2000Mb) = RM0.30 sebulan iaitu (RM0.30 x 12 bulan) = RM3.60!!. Fuyooo…! Wallaweiii.. Murah giler… Kalau macam nie.. lebih baik aku tukar webhosting. Webhosting sekarang nie, aku kena bayar sampai RM27 setahun… padahal, aku punya webhosting tu sepatutnya harga dia RM3.60 je setahun..takleh jadi nie.. kena tukar nie..”

Jadi, jika pemilik-pemilik laman web kecil ini mengambil keputusan untuk bertukar kepada webhosting yang baru seperti yang diiklankan itu, dia sepatutnya dapat menyelamatkan serta menjimatkan lebih banyak duit mereka…, betul tak?

SALAH!!!

Biar saya jelaskan mengapa:

Sebagai pemilik laman web kecil, berapa banyakkah dokumen HTML yang anda gunakan untuk website anda? 5, 10, 20,50,100?

Mengikut saranan pakar, jika anda membangunkan sesebuah laman web, saiz laman web tersebut seharusnya tidak melebihi 100kb bagi setiap dokumen HTML beserta gambar yang dihasilkan. Dan pada kebiasaannya, saiz dokumen HTML adalah diantara 10-15kb.

Baiklah mari kita lihat, katakan laman web anda terdapat banyak gambar serta butang-butang yang me”link”an dari satu mukasurat kepada mukasurat yang lain. Setiap gambar pula mempunyai resolusi 400x300 pixel, saiz gambar tersebut pula seharusnya tidak melebihi 30kb. Butang-butang pula biasanya bersaiz antara 3-5k.

Jadi, mari kita kira. Anda mempunyai webiste yang mengandungi
(a) 100 muka surat HTML
(b) setiap muka surat HTML anda mempunyai gambar sebesar 400x300 piksel
(c) dan juga 100 gambar butang

Jadi jumlah ruang web yang anda perlukan ialah:
100 HTML x 15k = 1500k
100 gambar x 30k = 3000k
100 butang x 5k = 500k

Jumlah : 5000k = 5Mb

Sekarang, mari kita kira pula saiz ruang yang diperlukan untuk email anda. Berapakah jumlah akaun email yang anda perlukan? 5, 10, 25? Sebelum anda dapat mengira saiz tersebut, anda perlulah menentukan jumlah saiz yang anda ingin hadkan bagi setiap akaun email anda? Adakah anda akan menerima email yang mempunyai lampiran-lampiran (attachment) yang besar?

Sebenarnya, anda boleh menetapkan di dalam perisian email anda seperti outlook/eudora untuk memadamkan semua email yang telah dimuatturunkan dari server ke komputer anda. Jadi, jika anda memeriksa email anda setiap 2 jam atau setiap hari, anda akan membuatkan ruang email anda sentiasa kosong untuk membolehkan anda menerima email yang seterusnya. Dengan itu, anda mungkin boleh menetapkan ruang yang hanya bersaiz 5Mb bagi setiap email akaun anda.

Jadi, jika anda memerlukan 5 akaun dengan setiap satunya bersaiz 5Mb, anda hanya memerlukan (5 email X 5Mb) = 25Mb untuk email anda.

Kini, jumlah keseluruhan ruang web yang diperlukan oleh anda ialah :
5Mb (website) + 25Mb (email) = 30Mb.

Dengan itu, jumlah keseluruhan ruang web yang anda perlukan hanyalah 30Mb sahaja sebenarnya.

Jadi, mengikut contoh di atas, memiliki ruang web sebesar 30Mb sahaja sudah mencukupi untuk website anda.

Tetapi, Jika anda mempunyai 2Gb ruang web dan anda hanya menggunakan 30Mb daripadanya, bayaran sebanyak RM20 sebulan = RM240 sebenarnya amat merugikan anda, anda kehilangan (RM240-RM27)= RM213 setahun semata-mata untuk mendapatkan ruang web yang murah dan bermilai untuk duit anda konon-kononnya.

Jadi, Bagaimana? Adakah anda masih berminat dengan iklan “2Gb ruang web dan 50GB bandwith” lagi?

Anda mungkin berkata, bagaimana dengan bandwith?.. 50Gb beb! Besar giler tu…

Yer.. ia memang besar. Tetapi!... adakah anda memerlukannya?

Sekali lagi anda perlu fikirkan, perlukah anda membayar pada sesuatu yang anda tidak perlukan. Oleh itu, rancanglah dengan teliti sebelum anda membeli sesuatu webhosting. Pastikan, berapakah ruang web yang sebenarnya anda perlukan untuk website anda? Usah membazirkan wang anda membayar sesuatu yang anda tidak gunakan.

Kesimpulannya, jadilah pengguna bijak (hu! hu! bunyi macam kempen pengguna bijak je!). Saiz sesuatu ruang web, seharusnya ditentukan oleh anda sendiri!, bukannya penyedia perkhidmatan webhosting, ini kerana.. anda yang lebih mengetahui mengenai website anda.

Sekian. Wassalam..

__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

erk.. kasihan lagik skali utk ko..

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

Ya, Betul
Kalu nak murah x semestinya baik.
Kengkadang server diorang down.

Ni antara webhosting yang aku sarankan:

sempoihosting.com
internet-webhosting.com

tu jer.

__________________
Copyright(C) Cyber Boyz.
Website Aku:
http://www.lifemujahid.com


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

satu haram pun aku tak paham pasal web-web nie..yang aku tau spenderman jer yang leh wak web.. pree of charge jer.... kalu lapar jer leh wak web kat tong sampah... daptla sekor dua lalat sampah...jadi la...wak makan tengahari...

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

Sama la kita Chek Am..apa benda yang ditulis oleh tuan punya post ni,sampai je ayat kedua dah Tqa rasa nak pengsan...teruk bebena gak ilmu komputer di dada ni....takpe ar,asalkan Tqa pandai masak atas keyboard dah kira ok!

__________________
feel free..?? Visit here --> http://athiqa.blogdrive.com/


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

sape yg terer hacker ni leh la

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

hacker sama mksd gan pegodan ker????

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

princess_sasuke wrote:

hacker sama mksd gan pegodan ker????



pegodan pun den x tahu.... camne tu?



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard