Lin tak tau mana nak letak kisah ini. Jadi Lin letak kat sini je lah…
Baca je lah…
Seorang budak sedang mencari ayahnya yang hilang. Dia telah terjumpa seorang pemuda yang kebetulan baru sahaja masuk ke kampung tersebut.
Budak : Abang, saya nak cari ayah.
Pemuda : Ayah adik kat mana?
Budak : Saya tak ingat. Tapi, ayah dah tinggalkan saya.
Pemuda : Tinggalkan?
Pemuda itu berfikir sejenak, takkan pula ayah nak tinggalkan anak… Dia bertanya lagi.
Pemuda : Adik tinggal kat mana?
Budak : Adik nak jumpa ayah.
Pemuda : Ok. Cuba adik ingat betul-betul. Adik tinggal kat
mana? Nanti, abang boleh tolong hantar balik. Boleh jumpa ayah.
Budak : Tapi, ayah memang dah tak ada kat rumah.
Pemuda : Ok. Kalau macam tu, cuba adik bagitau macamana
abang boleh kenal ayah adik. Mana tau nanti tengah cari kita boleh jumpa?
Budak : Ayah adik badannya gemuk. Wajahnya lembut. Dan
ayah adik baik…
Lantas, mereka pun mencari. Sampai satu persimpangan jalan, mereka terjumpa dengan seorang lelaki berbadan gempal sama seperti apa yang dinyatakan oleh budak itu.
Pemuda : Itu kot dik?
Budak : Bukan…
Setelah penat mencari akhirnya pemuda itu bertanya dengan salah seorang lelaki lain yang ditemuinya.
Pemuda : Encik.. Encik tau tak budak ni anak siapa?
Lelaki itu : Anak aku kot…
Lantas dia melihat budak itu. Dia merasa hairan, eh takkan anak sendiri tak kenal. Lelaki itu memeriksa keseluruhan anak itu.
Lelaki itu : Eh, bukanlah. Salah orang ni.
Dan dia meninggalkan pemuda itu dengan budak itu dengan seribu persoalan. Pemuda itu berkata di dalam hati, sot-sot barangkali. Mereka berjalan lagi. Setelah penat, mereka singgah di warung dan pemuda itu memesan 2 air milo sejuk untuk dia dan budak itu.
Pemuda : Mana kita nak cari ayah adik ni?
Budak : Entahlah bang. Adik dah rindu sangat dengan ayah.
Dah hampir 2 minggu tak jumpa. Tanya kat emak, emak cakap ayah kerja. Tapi takkan sampai 2 minggu tak balik-balik. Jadi, adik ingat nak cari sendiri.
Pemuda : Hai, kemanalah ayah kau ni? Aku sekali tersangkut
dalam pencarian tak berkesudahan ini…
Tidak lama kemudian, pemilik warung itu menegur.
Taukey : Eh, awak orang baru kat sini?
Pemuda : Ya Pak Cik. Baru aje datang sebab nak bertugas kat
kampung ni. Jadi guru kat sekolah rendah kampung ni. Saya mula esok.
Taukey : oh, apa pula kaitan kamu dengan budak ni? Sepupu
kamu ke?
Pemuda : Eh, bukanlah. Sebenarnya saya sedang tolong budak
ni cari ayah dia. Tapi, sampai sekarang tak jumpa.
Taukey : Eh, budak ni bukan ke anak arwah Dollah? Kamu
anak arwah Dollah kan?
Pemuda itu mula keliru.
Budak : Bukan. Pakcik salah orang. Saya anak Dollah. Nama
ayah saya Dollah. Bukan Arwah Dollah.
Taukey : Astaghfirullah… Sekarang pergilah balik. Emak kamu
tentu risau.
Budak : Tapi, ayah saya?...
Taukey : Nanti kamu akan tahu juga. Kamu belum mengerti
apa-apa. Kesian kat mak kamu. Tentu risau memikirkan kamu. Tak sayang mak ke?
Budak : Sayang…
Taukey : Kalau macam tu, pergi jaga emak.
Pemuda itu masih lagi terpaku mula dapat menangkap maksud sebenar. Lantas, budak itu berlalu pergi. Pak cik itu menggelengkan kepalanya beberapa kali dan duduk di sebelah pemuda itu.
Taukey : Sebetulnya, ayah budak tu dah meninggal. 2 minggu
yang lepas. Pasti dia rindu dengan ayahnya. Sebab ayah dia seorang yang baik di kalangan anak dan juga orang kampung sini.
Pemuda itu mula mengerti. Hai lah budak… Kalau aku tahu, tak lah aku menyusahkan diri menghabiskan setengah hari bersamamu. Lagi baik aku kemas barang aku kat rumah.
Kebetulan pula, pemuda itu mengajar di kelas budak itu. Setiap kali dia berjumpa, pasti budak itu bertanya adakah pemuda itu telah berjumpa ayahnya. Pemuda itu geleng saja…
Nak gelak ke? Nak nangis ? sebetulnya budak tu ialah anak buah Lin. Tapi Lin ubah character nya saja. sedih wo anak buah Lin cari arwah ayah Lin saat arwah ayah Lin baru meninggal.