Tika dan saat ini, hati Lin bagai terpanggil-panggil untuk menceritakan sesuatu yang langsung tidak terlintas di fikiran Lin untuk menceritakannya kepada umum. Malah dengan keluarga, sepupu pun tidak Lin beritahu, apatah lagi dengan umum contohnya pada pembaca blog ini. Namun, entah suara apakah dan siapakah yang bagai meniup-niup semangat Lin untuk memberitahunya. Entah kenapa Lin harus memberitahunya kepada umum begini. Siapakah puncanya? Padahal sebelum ini tak pernah Lin khabarkan kepada sesiapa. Segalanya seperti membuka pekung di dada..
Sewaktu Lin coretkan artikel ini, Lin berfikir dua kali dan malah berkali-kali, apakah patut Lin ceritakan kepada semua mengenai tragedi yang prejudis menimpa diri ini? Adakah patut? Bukankah ia akan memalukan diri Lin sendiri. Namun Lin sedarkan diri, tak patut rasanya Lin ceritakan ini semua buat para pembaca yang masih setia membaca artikel ini. Terima kasih Lin ucapkan buat yang sudi membaca kerana Lin memang tak ada apa-apa nak cerita melainkan ucapan terima kasih kerana masih sudi menghadap monitor dan meneruskan pembacaan.
Nak teruskan lagi? Tak apalah, sebab Lin dah ketandusan idea nih.. Ma kasih sebab sudi membaca!
Jangan marah, kita kat blog ni memang nak berjenaka dan berlawak. Yang pasti Lin dah buat korang suspend… He… He… He….
Puh!!! Suspen beruk bila baca citer Lin ni,hingga badan Nick menggigil mcm kena demam kura2.Jejari rasa tak mampu nak menaip.Lubang idung kembang kempis menahan kesuspenan.Peluh jantan berguguran mcm ari hujan.Org bagi salam tak mampu nak jawab.Gigi terketar2 mcm ajis satar.Lidah kelu dan beku mcm baru keluar dr peti sejuk. Jgn biarkan diri Nick diselubungi kesuspenan Lin....kerana Nick ingat Lin dah...er...(Dah mula otak kuning ni)...
Puh!!! Suspen beruk bila baca citer Lin ni,hingga badan Nick menggigil mcm kena demam kura2.Jejari rasa tak mampu nak menaip.Lubang idung kembang kempis menahan kesuspenan.Peluh jantan berguguran mcm ari hujan.Org bagi salam tak mampu nak jawab.Gigi terketar2 mcm ajis satar.Lidah kelu dan beku mcm baru keluar dr peti sejuk. Jgn biarkan diri Nick diselubungi kesuspenan Lin....kerana Nick ingat Lin dah...er...(Dah mula otak kuning ni)...-- Edited by Nickute at 17:29, 2006-05-24
saja la Lin nak bagi awak suspen. dan pembaca lain juga.
sebetulnya Lin tak ada idea saja nak post cerita kat ruangan ni.