Pengalaman pertama goreng telur mata kerbau sangat memberi kesan mendalam dalam jiwa raga Lin. Mula-mula Lin belajar masak telur tu, Lin bengap tak tahu nak buat apa bila nampak minyak merencit-rencit, lantas abang selamatkan Lin. Jadi ok la, bolehlah Lin makan telur goreng mata kerbau.
Lepas tu, teringin juga nak try masak sendiri. Dipendekkan cerita, telur tu jadik hangus. Hitam! Hitam gilerlah.. Mak ngan abah gelak kat Lin jek… Bila berumur 15 tahun, abah nak makan telur goreng mata kerbau tu, tapi Lin tak reti.. Mak pula belum balik dari tempat kerja.
Nak sangat jaga hati abah, Lin masak juga. Misi pertama, tak jadi sebab hangus. Misi kedua tak jadi juga, sebab abah tak nak kuning telur tu masak sangat. Akhirnya, abah kata tak apalah. Tunggu emak balik. Tapi, Lin rasa seperti mengecewakan abah, kerja senang macam tu pun Lin tak boleh buat. Apatah lagi umur Lin dah 15 tahun.
Lin cuba juga. 6 kali selepas itu, akhirnya Lin berjaya. Abah gembira, Lin pun senang hati. Telur yang abah tak makan, Lin makan sendiri dengan adik tersayang.
Tapi, sampai umur Lin 19 tahun sekarang ni, Lin dah boleh masak. Satu jek Lin tak pandai masak iaitu masak ikan goreng. Memang fobia sangatlah. Tapi, Lin suka makan ikan goreng. Bila teringn nak makan adik Lin akan gorengkan. Nasib baik dia ambil bahagian Penyajian makanan kat sekolah, jadi tak payah risau sangatlah kalau nak makan ikan goreng.