Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 perkara sia2...


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
10 perkara sia2...


SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis
terkemuka,
menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya
sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu
bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak
membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap
hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian
dia
keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat
tahyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi
tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur
dan
tidak mendoakan untuk keselamatan arwah
mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu
kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa
mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu
lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu
pengetahuan.

7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak
saling menanyakan keadaan masing-masing dan
keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi
tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak
dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya
berlalu
begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga
untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi
pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang
merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri
makan kekenyangan di dalam rumahnya.

(dipetik drpd Forum Teratak Tazkirah)

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard