Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'n','m','ng', akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf ' è ' iaitu sebutannya seperti dalam perkataan 'mesin' bukannya sebutan seperti dalam perkataan 'mentah'
Perhatian:Hukum ini hanya boleh digunakan apabila terdapat huruf vokal 'a' sebelum huruf 'n','m' atau 'ng'!
Contoh:
Makan=Makè Tanam=Tanè Padang=Padè
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'i' sebelumnya,huruf 'n' tersebut digantikan dengan sebutan 'èng'
Contoh:
Masin=Maseng Rajin=Ghajeng Mesin=Meseng
Kebiasaannya,setiap suku kata terakhir yang berakhir dengan huruf vokal 'a' dalam sesuatu perkataan akan digantikan huruf akhir dalam suku kata tersebut dengan huruf vokal 'o'
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf vokal 'i' akan dimatikan sebutan 'i' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.
Contoh: Misai=Misa Pakai=Paka Gerai=Gegha
Jika sesuatu perkataan berakhir dengan huruf konsonan 'h' atau 'k' dan huruf konsonan 'h' atau 'k' tersebut didahului dengan huruf vokal 'a',maka digantikan huruf vokal 'a' tersebut dengan huruf 'o'
Contoh: Tanah=Tanoh Lemah=Lemoh Payah=Payoh
Semak=Semok Selak=Selok Retak=Ghetok
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 's' akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'h'
Contoh:
Lemas=Lemah Keras=Keghah Pedas=Pedah
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 't' digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'k'
Contoh: Penat=Penak Larat=Laghak Berat=Beghak
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'l' akan dimatikan huruf 'l' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.
Contoh: Tinggal=Tingga Kenal=Kena Sengal=Senga
Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'e' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf selepasnya akan digandakan iaitu dibaca dengan bersabdu.
Contoh:
Benci=Becci Kencing=Keccing Penting=Petting
Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'a' atau 'u' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf vocal 'a' atau 'u' tersebut mesti dipanjangkan bacaannya.
Contoh: Ranting=Ghaating Pancing=Paacing
Gunting=Guuting Runcing=Ghuucing
Kebiasaannya,setiap perkataan yang terdapat huruf 'r' akan digantikan dengan sebutan 'gh'(Bunyinya bukan seperti Spanish 'r' yang bergetar tetapi French 'r' yang merupakan suatu 'equivalence' kepada huruf ghain dalam Bahasa Arab) kecuali jika huruf konsonan 'r' tersebut berada di akhir sesuatu perkataan.Huruf 'r' pada akhir sesuatu perkataan ini mesti dibaca lembut iaitu tanpa getaran.
Contoh: Kerang=Keghè Rajin=Ghajeng Beras=Beghah
Getar=Getar Sedar=Sedar Tegur=Tegur
1.Sabdu (Double Consonant) dalam Bahasa Kelantan merupakan suatu aspek tatabahasa yang amat penting kerana boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang lain walaupun ia sebenarnya berasal daripada satu perkataan yang sama.
Contoh :
Tok paka(Tidak memakai) adalah berbeza dengan Tok Ppaka(Tidak berguna,Useless)
Kecek(Bercakap acuh tak acuh/menipu) adalah berbeza dengan Kkecek(Bercakap)
Sakuk(Sangkut,Gantung) adalah berbeza dengan Ssakuk(Hajat yang tak kesampaian/tergantung)
Bijok(Pandai,Bijak) adalah berbeza dengan Bbijok(Sikap melakukan sesuatu tanpa ilmu/cara yang betul)
Ghetok(Retak) adalah berbeza dengan Ghghetok(Jambatan)
2.Sabdu juga penting untuk menjadikan sesuatu ayat aktif sebagai ayat pasif tanpa mengubah struktur ayat tersebut.
Ike make kucing(Ikan makan kucing) Ike make kkucing(Ikan dimakan oleh kucing)
________________________________________
Kelantanese Vocab:
Bokbong - Musang Ttuyup - Pepatung Pok Kor - Mengkarung Ike Kkhongey- Ikan Cencaru Gelenyar,Gletah – Gedik,Miang Saksoba – Absorber Sedo - Lurus bendul Bedo – Sewel,Bodoh Supik Gelenyar - Plastik Nipis Buoh Topoh - Buah Epal Bbaloh - Berkelahi Ggaduh - Gopoh Saka - Gula (jarang digunakan) Bekwoh - Kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok - Buang Jjughuh - Baik,Berakhlak Ghohok - Susah,Payah Siak dok ggobar - Jangan risau…Don't worry be happy!! Wak ggoghi - Bagi memulakan sesuatu… Dekpong gak eh - Kalau ya pun… Kelaghing - Kesat
______________________________________
Kelantan vs Kedah
Hujan Berhenti : Huje SEGHEK : Hujan SEGHIAT Panggil : KELO : KELUI Tak Sempat: TOK DE : TAK DAN Jangan : TOK SOH : TOK SAH Banyak : SAKE : SAKAN Undur : GUSTE : GOSTAN
Kelantalish(Kelantanese+English)
Pozek - Deposit Ghizak -Result Nnejar -Manager Suwih - Switch Bok - Book