Pada suatu hari seorang sufi dikunjungi oleh seorang pemuda.Pemuda itu datang dengan niat hendak bertanyakan soal soal ketuhanan.Begini lah dialog antara mereka berdua.
Pemuda: Apakah tuan sendiri pernah melihat tuhan?
Sufi: Maha suci tuhan,dia tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata manusia.
Pemuda: Pernahkah tuan menyentuh,mencium,mendengar atau pun merasai kehadiran nya?
Sufi: Tuhan tidak sama dengan apa apa pun,baik yang terfikir mahu pun yang terbayang oleh manusia.
Pemuda: Kalau tuan tidak pernah melihat,mendengar dan merasa kehadiran Tuhan,bagaimana dapat dibuktikan kewujudannya?
Sufi: Pernahkah saudara melihat akal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Sufi: Pernahkah saudara mendengar suara akal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Sufi: Pernahkah saudara menyentuh ataupun merasai akal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Sufi: Adakah saudara waras?
Pemuda: Sudah tentu saya waras.
Sufi: Jadi saudara mempunyai akal?
Pemuda: Sudah tentu ada.
Sufi: Begitulah juga kewujudan Tuhan.Dia wujud,walaupun kita tidak dapat merasai kehadirannya dengan menggunakan pacaindera kita.