Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Nabi Saw bersabda mengenai keutamaan membaca Ya sin.
1) " Hati Al-Quran adalah Yasin.Allah swt mencatatkan pahala bagi pembacanya sebanding dgn membaca al-Quran 10 kali."
2) "Barangsiapa membaca surah Yasin pd malam jumaat,maka Allah swt memberikan keimanan yang kukuh."
3) "Barangsiapa membaca surah Yasin pada suatu malam kerana mengharapkan rheda Allah swt,maka Allah swt mengampuni dosa2 nya yang lampau dan keesokkan harinya."
4) "Barangsiapa membaca surah Yasin,maka Allah swt menolakkan segala keburukkan dan memenuhi segala permintaannya."
5) "Barangsiapa membaca surah Yasin didepan orang yang sedang menghadapi sakratulmaut,maka Allah swt meringankan dan memudahkan keluarnya roh."
6) "Barangsiapa berziarah ke kuburan,lalu membaca surah Yasin,maka Allah swt meringankan siksa seluruh ahli kubur pada waktu itu.Selanjutnya pembaca surah Yasin memperolehi pahala yang sama dengan jumlah pahala ahli kubur yang ada."
Nabi Muhammad SAW bersabda " Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin". Yaasin kerana Allah nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik. "Dalam satu hadith lain baginda bersabda: " Hendaklah kamu membaca surah Yaasin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul maut, nescaya Allah SWT akan meringankan kekerasan sakaratulmaut itu.
Dalam satu hadith yang lain pula baginda SAW bersabda "Aku ingin benar surah Yaasin ini dihafaz oleh tiap umatku".
Barangsiapa membacanya sebanyak 41x pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barangsiapa yang membaca 21x pada malam jumaat lalu beristighfar untuk kedua ibu bapa nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan Allah.
Barangsiapa membacanya sekali ketika membuka kedai atau perniagaan nescaya akan maju perniagaannya itu. Barangsiapa yang membacanya sekali pada awal malam andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barangsiapa membacanya sekali selepas tiap2 sembahyang Jumaat nescaya akan diselamatkan dari siksa kubur.
Jika ia dibaca oleh seorang askar untuk turun ke medan peperangan maka Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan serta naiklah ketakutan musuh2nya.
Yang penting keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT semasa mengamalkannya. Amiin
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah