Seorang doktor ingin menguji 3 orang pesakit mental di hospitalnya. Sesiapa yang lulus ujian ini akan dibebaskan, manakala yang gagal akan ditahan lagi selama 5 tahun.
Doktor itu membawa ketiga-tiga mereka ke sebuah kolam yang tidak berair, lalu menyuruh mereka melompat ke dalamnya seorang demi seorang. Pesakit pertama melompat dengan gembira seperti ada air, lalu patahlah kedua-dua belah tangannya. Gagal. Pesakit kedua pun melompat ke dalamnya dimulai dengan kepala, lalu patahlah tengkuknya. Tetapi doktor gembira kerana pesakit ketiga enggan melompat ke dalam kolam.
Maka dibawa pesakit itu mengemas pakaian, dan menandatangan borang pembebasan. Selesai semua perkara berpatutan, doktor itu berbual-bual dengan bekas pesakitnya itu.
Doktor: Kenapa awak tak lompat dalam kolam tu tadi? Mesti awak tau yang sebenarnya tak ada air dalam tu kan?
Pesakit: Ish doktor ni... Saya mana la tahu berenang.. Kolam tu dah la dalam...