Rachi berumur 4 tahun. Rachi seorang anak lelaki yang bijak dan anak sulung. Rachi selalu bercerita dengan ibu dan ayahnya dan rajin bertanya kepada ibu ayahnya. Kepetahan Rachi ini membuatkan ramai yang sayang padanya.
Ibu Rachi sedang menunggu saat˛ melahirkan bayinya yang kedua. Rachi mempunyai pelbagai emosi menunggu saat˛ adiknya lahir ke dunia. Setiap hari, Rachi akan bercerita kepada adiknya itu sambil mengusap˛ perut ibunya.
Antara perbualan yang sering didengar oleh si ibu, "Adikku sayang, selamat pagi. Adakah lena tidurmu semalam?" "Adikku, abang sudah mahu tidur. Tidurlah dengan lena." "Adikku, adakah gelap di sana? Sepat˛lah bertemu abang di sini." "Adikku, abang sudah tidak sabar hendak bertanya sesuatu padamu.. Cepatlah bertemu abang."
Ketika masa melahirkan sudah tiba, Rachi bersama ayahnya menemani ibunya di hospital. Ternyata ibunya melahirkan bayi perempuan dengan selamat dan sempurna. Bayi yang masih kemerah˛an itu membuatkan Rachi kegembiraan tidak terkira. Lalu, Rachi memohon kepada ibu dan ayahnya untuk 'bersembang' seketika, dan Rachi mahu hanya adiknya dan dia sahaja dalam bilik tersebut.
"Ayah, ibu.. Rachi ingin sekali bercakap dengan adik. Boleh kah?"
Setelah dipujuk kedua orang tuanya, akhirnya Rachi mendapat kebenaran untuk berbuat sedemikian. Sebenarnya, ibu bapa Rachi sedikit bimbang seandainya timbul perasaan cemburu di hati Rachi seperti lazimnya anak˛ sebaya Rachi. Namun, mereka juga yakin dengan tingkah laku Rachi selama ini yang selalu melayan adiknya dengan baik, meskipun masih dalam kandungan ibunya.
Dengan meninggalkan sedikit ruang di pintu agar dapat mengintai dan mendengar apa yang di lakukan dan dikatakan oleh Rachi kepada adiknya, ibu dan ayah Rachi melihat tingkah anaknya itu. Rachi merapati adiknya, mengusap˛ kepala adiknya dengan lembut. " Adikku sayang, sudah lama abang menunggumu di sini. Abang teringin sekali bertanya kepadamu sebelum kau lupa. Adikku, bagaimana rupa Tuhan itu, abang sudah lupa.."
Rupanya Rachi terpengaruh oleh kata˛ ibunya yang selalu menceritakan kepadanya bahawa setiap bayi yang akan lahir ke dunia akan dapat bertemu tuhan di alam lain.
moral: jgn tipu anak...jawab la dgn berhemah... jgn pukul anak sehinggalah berumur 10 tahun, 10 tahun tu pun pukul lah di telapak kaki... kalau tidak, anak akan membenci apabila besar kelak...jd bersabar je la....
viovox wrote: moral: jgn tipu anak...jawab la dgn berhemah... jgn pukul anak sehinggalah berumur 10 tahun, 10 tahun tu pun pukul lah di telapak kaki... kalau tidak, anak akan membenci apabila besar kelak...jd bersabar je la....
viovox,pukul kat tapak kaki ek..??selalunya aSya dgr pkul kat tapak tgn...