ader seorang bapa yang menghantar anaknya masuk ke alam persekolahan(darjah satu). sebelum bapanya hendak pulang ke rumah, sibapa berpesan kepada anaknya yang bernama atan agar tidak kemana2 selepas waktu persekolahan nanti sehingga bapanya datang untuk membawa atan pulang ke rumah. sewaktu sesi pembelajaran sorang ustaz masuk ke kelas atan. ustaz tersebut bertanya kepada anak2 muridnye. 'siapa diantara kamu yang mahu masuk ke syurga?' semua murid angkat tangan kecuali atan. ustaz itu berasa pelik lalu bertanya lagi. 'siapa diantara kamu yang mahu masuk ke neraka?' semua murid tidak mengangkat tangan termasuklah si atan tadi. lalu ustaz tersebut bertanya kepada atan. 'atan kenapa kamu tidak mengangkat tangan sewaktu saya bertanya samada kamu hendak ke syurga atau neraka?' si atan tadi pun menjawab, 'bapa saya pesan tak bagi saya pergi kemana-mana' ustaz tadi yang pening kepala lagi bertambahlah pening kepalanya.