Aku merupakan seorang pelajar tahun akhir pengajian di ibu negara. dipendekkan cerita pada satu malam aku pulang ke kampung yang terletak berhampiran kawasan runtuhan bangunan kondominium highland towers dengan menaiki teksi. sepanjang perjalanan hingga kawasan itu tiada langsung masalah sehinggalah seorang wanita yang bajunya berlumuran darah menahan kenderaan kami. aku kaget dan terpaku ketakutan tetapi pakcik driver teksi menyarankan aku bertenang lalu dia memberhentikan teksinya. dia beranggapan mungkin wanita itu terbabit dalam kemalangan. tetapi yang anehnya tidak pula kelihatan kenderaan di situ. wanita itu meminta pakcik driver teksi menghantarnya ke hospital kerana katanya dia terbabit dalam kemalangan.oleh kerana kasihan dengan keadaannya pakcik itu pun mempersilakannya masuk dan dia duduk dibelakang. nasib baik aku duduk di depan bersebelahan pemandu kalau tidak tentu aku pengsan. sepanjang perjalanan tak habis-habis aku diserang seram sejuk yang mendatang tiba-tiba lantas aku kuatkan semangat lalu membaca ayat-ayat suci dengan perlahan. tiba-tiba sahaja perempuan itu hendak turun. lantas pakcik driver bagai terpukau menurunkan dia di suatu tempat kawasan hutan berhampiran jalan raya. perempuan itu terus keluar namun yang peliknya palitan darah di bajunya hilang dan kembali bersih seperti baju baru. pakcik driver teksi itu begitu hairan lantas bertanya kepada perempuan tersebut bagaimana bajunya boleh bersih sekelip mata sedangkan tadi penuh dengan darah yang terpalit. aku ketakutan apabila perempuan itu berhenti melangkah lalu berpaling ke arah kami dengan senyuman yang menyeramkan. dengan perlahan dia mendekati pakcik lalu berkata.." Inilah kelebihan sabun buku FAB baru..jangan marah.."