Hunny.... memang mulia sifat pekerti ko dan aku alu-alukan sifat sebegini di dalam forum ni... dahulu dah berkali aku dan Ikie terangkan apa motif sebenar forum ni.... motif sebenar forum ni ialah kita jadi lain dari diri kita sebenarnya.... maknanya perwatakan setiap orang dalam forum ni adalah lain dari perwatakan kehidupan sebenar mereka... kerana itu forum ini ditubuhkan... didalam forum ni ada yang terpelajar, ada yang bejawatan tinggi, ada yang berkududukan tinggi... dan setiap hari mereka menghadapi keseriusan di tempat kerja dan dirumah, meeting, jumpa klien.. kerja menimbun-nimbun... tetapi bila masuk disini... ia tidak mahu dibebani dengan keseriusan... menjadi serendah-rendah umat... mengeluarkan perangai gila... dan apa sahaja yang bertentangan dengan diri kita... disinilah untuk kita bergurau...lupakan apa sahaja yang membebani otak kita semasa bekerja/study.... Dan JANGAN kata sesiapa yang otaknya gila bila bercakap tetapi dia dah takkan bercakap pasal kebaikan... anda boleh cari mereka akan berkata-kata yang baik bila mereka ingin katakan... tetapi biarkan mereka bercakap perkara yang membatasi nilai norma kehidupan melainkan bercakap lucah dan menyakiti orang secara direct..... Dan kalau kita ingin terlalu serius.. disini bukan tempatnya... banyak lagi forum yang serius dimana aku juga suka berada disitu seperti astorajabat.com atau utusan.com.... tapi bila aku disitu aku akan jadi lain dari Mister Rie...... Aku berani jamin.... walaupun ada perkataan teruk yang keluar dari ahli forum ni.... aku tau sebenarnya ia bukan kata-kata dari hati.. tetapi hanya sekadar untuk mencari platform melepasi kejanggalan otak kita di dunia sebenar...... dan sehingga kini aku masih tidak nampak orang yang bergurau secarau melampau... tetapi ia masih dibatasi nilai2 murni dan sebab itu sesiapa masuk ke dalam forum ni dia pasti akan kekal dan amat berat untuk meninggalkan forum ni.... kepada cik Hunny... harap faham... janganlah menjudgekan seseorang itu secara direct... kerana pasti akan ada kebaikan dan manfaat dari orang yang kita sentiasa harapkan.. Harap Maklum.. Terima Kasih...
fuyoo...encik rie...ngapa sensitip bonar citer di atas...baru aku tggl tak sampai sehari berkhutbah pnjg adanyer...tp bagus gak la ko terangkan kepada cik hunny kita ni...moga dia lebih phm tntg motif utama wujudnyer geng cerita ini...
kepada cik hunny...jd la diri kita yg lain kat dlm ni..tp jgn sesekali jd diri kita yg sebenar kat luar sana...kang org tak kenal plak...klu ko dah berkeluarga...kang anak laki ko plak yg tak kenal...
contohnyer...kat dlm ni ko jd la cik hunny yer...kat luar sana jgn plak lupa ko tu cik alin qistina...sedap nama ko...
hunNy_haz wrote: Ala rie... Hang bagi le makna nama skali... Aku tak nak lah terjemah tak tentu pasai ni...
Pa makna nama tu ek? Sedap jugak dengar..
Ya... memang sedap didengar... cantik dan masyuk nama tu.... tapi kita jangan pandang luaran sahaja.... isi didalam langsung kita tak pandang... jangan judge bila nama tu sedap didengar tetapi mempunyai makna yang sangat hina.... selain membincangkan nama2 indah dalam Islam adalah lebih baik membincangkan nama-nama hina dalam Islam supaya tidak terkena kepada anak kita kelak...
Syariqah Talifah bermaksud Syariqah = Pencuri Talifah = Yang rosak, yang binasa.
Apsal aku plak jahat.... at lease.. kalau ada sesapa kasi nama.. kita kene beware yang mana sumber nama tu datang... jangan terburu-buru kalau terjumpa kes macam ni... mana la tau nanti ada sapa2 nak kasi nama kat anak ko ke.. sedap didengar tapi rupanya makna dia hancus... so itulah maksud aku kenapa aku letak nama buruk dalam ni.. bukan sebab aku jahat..
Aku... Tak terkata, gitu ke makna nama hubby aku. Rie, biaq betoi.... Aku nak cari makna namo ni, punyo la susah. Aku suke nama ni, sbb.. Ye la, mesti la nama husband aku jugak.
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati 28. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir 29. (QS. 2:19)
Sila lihat pada ayat minas showaa 'iqi hazaral maut.....
Hazrain merujuk kepada 2 perkara... seperti raka'at... rak'atain merujuk kepada dua rakaat..
Aku tak sure pulak bab 'tatabahasa/imla'/mothala'ah/nahu atau sebagainya, aku dah lupa sbb aku belajo dah lamo dolu. Men'jama'kan' ayat akar/ayat asal kepada 'banyak' tu, kene rujuk pd yg pakar bahasa le (arab). Aku pong, kurang pasti tau...
Hmmm... pa pung, aku kene jumpa ostad aku balik ni. Sbb, aku ni slalu bincang pd dia ttg sebutan yg betul dlm Qur'an, sebutan yg paling 'afdhal' le..
Nanti, aku jumpe dia la ek... Nak tanya psl nama nih.. Sbb, buka senang jek kita nak 'menjama'kn' ayat akar tau....
ya... betul tu... aku pun bukanla pro dalam bab-bab ni...elok ko jumpa ustad ko balik...
tapi aku yakin... hazrain tu berasal dari perkataan hazara.... lagi pun ko jangan takut la hunny.. banyak orang nama hazrain ni.... tak beerti makna dia tak elok...
kalau boleh jgn lah kita memberi nama anak2 kita dgn nama yg terlalu panjang...Dua perkataan pun dah mencukupi...Kalau nak tiga perkataan,pastikan nama perkataan ketiga tidak terlalu pjg..
Cth * Nur Fadilah Ain (Bukannya Nur Fadilah Ainnurbatrisyahanna ) * Loqman Hakim Adi ( Bukannya Loqman Hakim Adiputraladania )
Sejak kebelakangan ni terlalu byk nama bayi yg terlalu pjg,susah disebut...lebih elok kita beri nama yg simple,tetapi mempunyai maksud nama yg baik..Nama btul aku Rabilla..Aku pun x pasti apakah maksud nama Rabilla..
sekian..
* Contoh nama di atas adalah sebagai rujukan saja,tidak merujuk kepada mana2 pihak yg tertentu..
kalau boleh jgn lah kita memberi nama anak2 kita dgn nama yg terlalu panjang...Dua perkataan pun dah mencukupi...Kalau nak tiga perkataan,pastikan nama perkataan ketiga tidak terlalu pjg.. Cth * Nur Fadilah Ain (Bukannya Nur Fadilah Ainnurbatrisyahanna ) * Loqman Hakim Adi ( Bukannya Loqman Hakim Adiputraladania ) Sejak kebelakangan ni terlalu byk nama bayi yg terlalu pjg,susah disebut...lebih elok kita beri nama yg simple,tetapi mempunyai maksud nama yg baik..Nama btul aku Rabilla..Aku pun x pasti apakah maksud nama Rabilla.. sekian.. * Contoh nama di atas adalah sebagai rujukan saja,tidak merujuk kepada mana2 pihak yg tertentu..
huh!!true..true..zaman skang nie,bnyk tol name budak2 yg panjang2..sok ank beta,beta nk boh pendek2je..bia senang nk sebut..emmm..contohnye,kalau ank laki aku nk boh name "Z" jer..kalau gurl aku boh "AB"tak yah pk dh...muhahaha...kan tak panjang tu..hehehe