Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Untukmu Farhana...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:
Untukmu Farhana...


Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.

Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.

Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya.
Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya.

Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.

Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;

"Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam.

"Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa... ... ... Syah nak kawin la bu... ... ..", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu.

"Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?".

Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba.

"Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.

Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh ber! derai.

"Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita

ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku.

"Tapi ib! u, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk.

"Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu... ... .".

"Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia... ... ... ", suara ibu semakin perlahan.

"Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak.

Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah... ... ... kau sedar tak yang kita ni kambing?... ... mana boleh kambing kawin dengan ayam?".

Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu.

Aku pasrah. Farhana... ... ... aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.

SEKIAN.


Hehehe... ..jangan marah... .gurau jer ..


__________________
Biarlah Rahsia....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

hampess...aku tertipu...

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

la igtkan biskut je tadi yang tertipu ko pun sama juga ye asya

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

tu la pasal....tarian apa ko nari ni gadis biskut..?? tarian hawaii ye..??

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

aku tak tertipu langsung sebab aku dah tau kesudahan cerita ini iaitu kisah yang menceritakan pasal sahabat aku yang bernama gabriel farhana... kira ayam hazami la beliau ni

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

enk...enk...enkjgn mare le yek...petang-petang yang damai ni syok gak bace bende2 camni...riangkan ati.tgh stres keje..lapang kepale skit..tak gitu????

__________________
Biarlah Rahsia....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

kuang..kuang..kuang...


aku langsung tak tertipu.... ngko tak berjaya menipu aku la gadis ayu..



__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

alah kau ni la tak rock langsung penat2 dia tu tipu.....


buat2lah cam kau ni tertipu tahap max baru dia syok sikit.........................


 


 


 


 


____________________________________


amacam..........


 


 



__________________
~apa ada pada nama~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard