Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Petua tercekik tulang ikan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Petua tercekik tulang ikan..


Cerita ni aku copy dari member aku..


thnx da_sleepyHeaDz


 


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa
gayahidup "gayapulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena
sanasini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...
aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan
dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang
kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku
nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke
inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kansusah tu!!! tu
belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk
heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran
mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot
terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)

kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan
dengan limajari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of
lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata
dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he
heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi
makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik
dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka
lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila
korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..

(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan
agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi
masih tak berjaya..

kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik
camne?..cakap terer.." (kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sanasini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya
dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(supermanpun akan jadi mayat)



NOTA:
KAKAKAKAKAKA..... isshhh

citer ni sepatot nya kene gelak ke kene sedeh ekz ????

hmmm... kompius aku teratak_speechless.gif teratak_!!bang.gif teratak_!!bang.gif
tapi aku dah gelak sakan sampai kuaq ayaq mata....

(sambung gelak) teratak_lol.gif teratak_lol.gif teratak_lol.gif



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

hahahahahaha..bagus la posting ko ni chikun..aku ingatkan mmg ada sunnah nabi yg berkaitan dgn keadaan tercekik tulang tadi...rupa2nya lawak punya cadangan,tapi berkesan jgk ye..

moralnya ialah kita jgn sesekali menganggap sunnah nabi ni remeh..kenapa kita disarankan menjilat jari selepas mkn..sbb jari kita ada 1 bhn kimia yg menyebabkan makanan lbh mudah dihadam..cuba kita tgk,mknn yg kita sentuh dgn tgn sebenarnya lbh cpt basi..tu suma berpunca dari bhn kimia td..

byl lg sunah nabi yg lain,kdg2 kita nmpk mcm x logik tp sebenarnya x...ada kebaikan di sebaliknya tu..

tq Chikun...lawak cita ko ni tp ada nasihat tersirat..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard