Seperti yg kita maklum,world cup 2006 dah pun berakhir 5 hari yg lalu.Segala persoalan telah pun terjawab dan Itali dinobatkan sebagai juara dunia.Satu perkara yang kekal misteri adalah berkenaan "tandukan zidane" yg menyebabkan beliau di buang padang dan menamatkan era bolasepaknya dgn ending yang tidak sepatutnya berlaku.Pagi tadi aku ngan member aku pun berborak la pasal ni.Dalam perbualan kami tu member aku cerita mengenai apa yang dia baca melalui laman web la.Dia cter banyak sangat la andaian di buat oleh pemerhati bolasepak mengenai kejadian "misteri" ini.Dalam banyak cerita aku tertarik ngan satu ulasan niih dimana mereka menemuramah sylvian wiltord mengenai kejadian itu.Dalam temuramah tuh wiltord mengatakan Metarazzi ni menuduh zidane sebagai pengganas islam ( ZIDANE adalah muslim algeria sebelum meminta kerakyatan perancis)Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita nih tetapi seandainya betul aku memang tabik springg la kat mamat zizou nih....memang tepatlah apa yg di lakukan kalau betul.Tapi dia kene buang padang tuh takleh nak cakap apelah sebab memang undang2 bolasepak.Apepun banyak lagi andaian yang dibuat dan hanya zidane saja yg mengetahui dan kalau di fikir logik ada kebenarannya cter atas tuh sebab zidane pun tak bagi tau cter sebenar dan tak nak buka mulut.Tapi dia hanya minta maaf atas tindakannya tuh...
aku ada tgk berita smlm...pakar dalam gerak mulut kata zidane dihamun dengan kata2 kesat dan lucah tentang adiknya n psl ZIDANE adalah muslim algeria sebelum meminta kerakyatan perancis....tak tahu sejauh mana kebenaran...tapi zidan belum sedia citekan apa yg telah dilontarkan padanya hingga dia bertindak demikian..cuma dia minta perkara ini disiasat...walau apapun...aku rasa tentu ada alasan yg logik mengapa dia sanggup wat camtu di akhir penglibatannya dalam arena bolasepak antarabangsa...sapa tahan kena hina beb....
PARIS - Misteri Zinedine Zidane masih belum telerai. Dalam komen sulung yang dinanti-nantikan sejak perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, ketua pasukan Perancis itu hanya menjelaskan sebahagian daripada sebab mengapa dia menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi: Cacian kesat berulang terhadap ibu dan adik perempuannya.
Zinedine Zidane (kanan) tenang menjawab soalan Michel Denisot mengenai insiden hantukan ke atas Marco Metarazzi dalam rancangan temu bual televisyen di Paris, kelmarin. - Reuters.
Bagaimanapun Zidane tidak menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi, yang sebelum ini bersumpah tidak pernah mencaci ibu Zidane.
Tenang dan bercakap lembut, Zidane berkali-kali memohon maaf kepada peminat, terutama kanak-kanak dalam temu bual kelmarin - tiga hari selepas kejadian ganas itu berlaku.
‘‘Apa pun, saya hanya manusia,” kata Zidane.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu tidak menyesal dengan hantukan yang telah mengakhiri karier profesionalnya selama 18 tahun.
‘‘Saya memberitahu diri sendiri, jika kejadian sebegini berlaku, ia disebabkan ada `sesuatu’ di luar sana yang menetapkannya begitu.
‘‘Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya,” katanya kepada televisyen TF1.
Zidane enggan menjawab soalan tentang apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi.
‘‘Saya lebih suka rahang saya ditumbuk daripada mendengarnya,” katanya kepada saluran Canal Plus, sambil menegaskan bahawa bahasa Materazzi ‘amat kesat’ dan dia mengulangi cacian itu berkali-kali.
Zidane dan Materazzi berbalas cakap selepas Itali mematahkan satu serangan Perancis. Beberapa saat kemudian, Zidane membongkokkan badan dan menyondol dada Materazzi, menyebabkan dia rebah di padang.
Ketua pasukan Perancis itu bagaimanaoun menegaskan, dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu ‘kerana ia membuktikan apa yang diperkatakan oleh Materazzi adalah benar.’
‘‘Tindakan saya tidak boleh dimaafkan tetapi mereka mesti menghukum pihak sebenar yang bersalah dan orangnya ialah yang mencetuskannya,” katanya.
Materazzi pernah mengakui dia mencaci Zidane tanpa menjelaskan secara khusus.
Sumber: Utusan Malaysia
Huhuhu ade bakat jd pemberita x.. huhu.. Memang patut pun Materazzi tu kena tanduk kat dada..
melurr wrote: huhu....aku sokong materazzi kena tanduk ...hahaa...jahatnya aku...ko pun aku rasa nak tanduk je castezar....huhu... nape nak tanduk aku lak.. la hai.. kang tak pasal2 benjol lak baby comey tu tanduk aku.. da lar x dpt shiyum dier lagi..
heheeeh castezar....comeiii kan baby tu.....huhu....geram tul tgk...duk kedip2.....cik biskut py pun tomeii gak...eeiii...gerammmm lerr....
hahahah..aku dah lama agak mesti mamat tu say sumthing kat zidane..bb dr awal aku tengok permainan zidane, dia bukan org yg kasar sgt game die.org die pun bukan kasar sampai leh wat tandukan kat dada org lain dgn sesuka hati..aku dah agak mamat tu say sumthing.hahahahahah....aku tak heran masa zidane tu tanduk mamat tu..hahahahah..
saye raja ismail bin raja jaafar menang motor...eh silap channel la..
pasal zidane..dia nie jiran aku ms duk kt france dulu..dia nie baik,,kami sll duk sembang..dia jarang naik angin kecuali kalau ada yang melibatkan keluarga dia..bukan dia saja..korang pun akn buat perkara yang sama gak kan kalau ada sesiapa yang tak sayang mulut mengeji korang atau sedara mara korang..
aku sokong apa yang zidane buat..kalau aku, bukan setakat tanduk, karate kid sekali aku bg..alang2 nak kene buang padang kan....
saye raja ismail bin raja jaafar menang motor...eh silap channel la.. pasal zidane..dia nie jiran aku ms duk kt france dulu..dia nie baik,,kami sll duk sembang..dia jarang naik angin kecuali kalau ada yang melibatkan keluarga dia..bukan dia saja..korang pun akn buat perkara yang sama gak kan kalau ada sesiapa yang tak sayang mulut mengeji korang atau sedara mara korang.. aku sokong apa yang zidane buat..kalau aku, bukan setakat tanduk, karate kid sekali aku bg..alang2 nak kene buang padang kan....
persahabatan ni kan..umpama pinggan kaca..kukuh & bersinar..tapi kalau dah retak & pecah,walaupun boleh digam balik,ianya x kan sekukuh yg asal..oleh itu minumlah power root utk memenangi jam tgn ini..
yup....akak setuju asya....sebab tu lah kita kena jaga baik2....jangan bagi retak....terbelah apatah lagi....sb walau digam...ianya tetap berbekas.....
mana abg ajiss.....windu la.....tak abih lagi pam tayo ke...huhu....am pun takde....sapa nak balas merapu kita ni...
jangankan retak melurr...terguris sikit pun jgn...kena jaga betul2 nih..
am mesti sibuk dgn baby baru dia kan...eeeii,nnt nak mtk am letak gmbr anak dia..teringin nak tgk..popular la anak dia nnt..jgn dia ajar anak dia pkai spende lua udah la...
si ajis plak...dia salu masuk mlm,sbb skang ni aku pun dah mula byk shift mlm,jadi aku masuk siang..rindula nak merapu mlm2,lebih syiok o.....
betul asya...sb tu lah kita kena hati2 bila berkata......manis kata di bibir saja....hahaa....ku cari damai di hati.....gingerbreads yg korang ingat sajak aku wat tu....siler baca dengan sepenuh hati....huhu...
hoh?...hapa??.....Mister Rie yang tanduk Zidane??...eh?...yang mana satu nih?.... adakah encik rie membalas dendam atas kelakuan encik zidane tempoh hari lalu menanduk zidane kembali??.....misterinyerrrr............