6. ROMANTIK * Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. * Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka. * Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. * Sangat suka membantu dan menjaga seseorang. * Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. * Suka seni muzik.* Boleh menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan dengan serius. * Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubah.
7. INTELEKTUAL * Golongan ini adalah pencari.Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah. * Perasaan tidak mempengaruhi keputusan mereka. * Suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka tetapi tidak suka dipersoal. * Kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. * Gemar perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. * Sangat suka berahsia. * Hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. PENYELESAIAN * Golongan ini adalah penyelesaian masalah. * Profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. * Selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. * Sangat suka mengendalikan manusia dan melihat manusia secara objektif. * Akan memberitahu seseorang dengan cara mereka sendiri bahawa mereka adalah ketua. * Perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada keperluan orang lain.
9. PELAKON * Berkebolehan menghiburkan orang lain. * sangat penyayang dan pemurah. * Dengan daya tarikan yang ada, mudah bagi mereka berkawan dengan sesiapa sahaja dan pada mereka tiada sesiapa pun dianggap asing. * Mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang lain untuk memahami mereka. * umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. * Mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan mood. * Untuk berjaya mereka perlu membina landasan kasih sayang.
.......so apa lagi, start la mengira nombor lahir korang.......:biggrin