Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tarikh lahir -sambungannya


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:
tarikh lahir -sambungannya


6. ROMANTIK
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka. * Perasaan mereka
   mempengaruhi keputusan mereka. * Sangat suka membantu dan menjaga seseorang.
* Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. * Suka seni muzik.* Boleh menjadi
   teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan dengan serius. * Golongan
   ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubah.
 
7. INTELEKTUAL
* Golongan ini adalah pencari.Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka
   sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah. * Perasaan tidak mempengaruhi keputusan
   mereka. * Suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka tetapi tidak suka
   dipersoal. * Kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
   bersendirian. * Gemar perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik
   yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. * Sangat suka berahsia. * Hidup dalam
   dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
 
8. PENYELESAIAN
* Golongan ini adalah penyelesaian masalah. * Profesional, berterus terang, penilai yang baik
   dan sangat tegas. * Selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam
   suasana kehidupan yang terbaik. * Sangat suka mengendalikan manusia dan melihat
   manusia secara objektif. * Akan memberitahu seseorang dengan cara mereka sendiri bahawa
   mereka adalah ketua. * Perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan 
   sendiri daripada keperluan orang lain.
 
9. PELAKON
* Berkebolehan menghiburkan orang lain. * sangat penyayang dan pemurah. * Dengan daya
   tarikan yang ada, mudah bagi mereka berkawan dengan sesiapa sahaja dan pada mereka
   tiada sesiapa pun dianggap asing. * Mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga
   menyukarkan orang lain untuk memahami mereka. * umpama binatang sumpah-sumpah
   yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. * Mempunyai nasib yang
   sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan mood.
* Untuk berjaya mereka perlu membina landasan kasih sayang.
 
.......so apa lagi, start la mengira nombor lahir korang.......:biggrin

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

hahhhh.....melurr nya 1 la abg pinggan.....sama kita ek...


1. KETULENAN
* Hadir dengan idea baru.


* Memperoleh sesuatu dengan cara yang tersendiri.


* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.


* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos.


* Bekerja sendiri adalah merupakan pilihan terbaik mereka.


* Perkara yang perlu dipelajari - idea atau pandangan orang lain mungkin baik atau lebih baik. berfikirlah secara terbuka.


hekhek.....setuju2...cam sama jek ngan aku sipat2 mulia nih....huhu...



 



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard