Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: peSan r0h kpd manUsia~


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
peSan r0h kpd manUsia~


Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata
dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila
mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-
lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi
Allah, wahai orang yang memandikan jangan
engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-
luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim
dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke
kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak
saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana
ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai
ketika ini sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-
mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi
itu,
Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu
menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-
anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah
pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil
anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan
Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-
lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat
yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan
menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan
bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
orang
ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata
tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh
orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari
arah
ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila
gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri
telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir
sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh
orang
yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada
AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah
m
ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
Abu
Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di
syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

alhamdulillah.......


mari le kita sesama renungkan dalam2.


kita sumer kan wajib mengingati mati...



__________________
///menyampuk tu hobi aku///


Super Member

Status: Offline
Posts: 562
Date:

 


Insyallah... semoga apa yang disampaikan dapat menjadi pedoman


untuk kiter pergi ke arah yg lebih baik..



__________________
-forget about someone
who broke ur heart yesterday
but don't forget about someone
who loves u tenderly today
think it... do it..-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard