Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tercekik tulang oooo


Asst Moderator

Status: Offline
Posts: 886
Date:
tercekik tulang oooo


Aku datang dari keluarga yang besar...16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!!
Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila
aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yang tak
kena sana sini...oh..
Masa makan. Aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yang sound:
"apahal duduk macam nak berlari saja...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak ini..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun
basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2
tangan dan berkumur, insyaAllah jika anda amal ini, sebelum anda mati
Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang anda. -Hutang
kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik. Aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan
pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin
macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless
steel ke inconnel 601? nak pakai colour bagaimana? matelic ke cooper?kan susah
tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke
bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa anda belajar doa makan macam ini:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah saja:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yang sound: "Eh, kenyang ke makan dengan
tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi
satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku seorang saja yang makan dengan tiga jari, orang lain
makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar
quantity of lauk-pauk mereka lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku
dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...
mereka tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor. Aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku
kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"ini, apahal jilat2 jari ini? lucah betul!!"-tanya mereka pada
aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi
he he heh"-kataku...
Banyak pulak mereka komplen cara aku makan..err maksud aku cara
Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalau aku ubah
topik dengan bertanya :
Tahukkah anda Kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab
mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan,
tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan saja,
namun bila anda makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena
nafikan makanan yang bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat
Allah. "
tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang
sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan
lain2, tapi masih tak berjaya..
kasihan mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang
tercekik bagaimana?..cakap hebat.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang saja...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua
tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi,
manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua orang ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yang tercekik itu
terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan anda menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)

__________________
tok dan nenek


Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:

kah kah kah lawak tul cite ni




_________________
pape pun idup mesti steady beb











__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

mmg klako r tok..wa caya sama lu r tok..

__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

fuhh... rerupanya tok takde selama ni gi menuntut ilmu rupanya... tak sia-sia ilmu yang tok pelajari kat sekolah memandu tu amat bermanfaat pada kitorang suma... sinis dan terpuji je cerita ni.... err tok... dulu kata nak lawan snooker ngan aku... jom aaaa.... tapi nak keluar gi kedai tu pakai spender dulu.... nanti terlupa cam hari tu...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

waaaa kakakakakakaka....tok kene pakai spender main snooker...wakakakakaka..

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 562
Date:

 


en rie ni suker nak menasihatkan org tapi aku tahu...ko tak penah pun pakai spenderkan...kan,,,kan... sbb takde bender dah yg ko bleh tutup ngan spender tu...opsssss



__________________
-forget about someone
who broke ur heart yesterday
but don't forget about someone
who loves u tenderly today
think it... do it..-


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

mcm pernah aku dengar cerita ni.tp dimana ye.ni mesti kes cedok idea org ni????

__________________
zel


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

tak per la zelmatz..kalu tul la dia cedok pun tak per...janji aku dah ketawa.......hilang segala misteri dalam hidup aku jap..tapi mr3 tu masih lagi bergelumang dgn sampah dah sarap.....



__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

aku sokong kau chek.ntah dari sampah sarap mana tah dia muncul si mr rie 2.nak ckp seram,ada la takat suam2 kuku je.


ntah2 dia ni bayi kena buang dlm sampah tak????



__________________
zel


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

hahaha..superman returnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

__________________
"nama saya Rain~"


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

zelmatz wrote:

aku sokong kau chek.ntah dari sampah sarap mana tah dia muncul si mr rie 2.nak ckp seram,ada la takat suam2 kuku je.


ntah2 dia ni bayi kena buang dlm sampah tak????



wow besh ar cite tok ni

__________________
HI my name is Firdaus or my friend call Azrul


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

ha...ha... lucu nyer

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard