Aku datang dari keluarga yang besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yang tak kena sana sini...oh.. Masa makan. Aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yang sound: "apahal duduk macam nak berlari saja...." "tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak ini..?" Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika anda amal ini, sebelum anda mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang anda. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!! Sambung balik. Aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour bagaimana? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh.. Biasa anda belajar doa makan macam ini: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah saja: "Bismillah, barkatillah" Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yang sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? " aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggang!!! " Tapi oleh kerana aku seorang saja yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk mereka lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh... mereka tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor. Aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "ini, apahal jilat2 jari ini? lucah betul!!"-tanya mereka pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku... Banyak pulak mereka komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya : Tahukkah anda Kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan saja, namun bila anda makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. " tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kasihan mak aku... "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik bagaimana?..cakap hebat.."(kata abang aku) Aku kata: "senang saja...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..) Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA.. (semua orang ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman. PS: sekiranya rakan anda menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)
fuhh... rerupanya tok takde selama ni gi menuntut ilmu rupanya... tak sia-sia ilmu yang tok pelajari kat sekolah memandu tu amat bermanfaat pada kitorang suma... sinis dan terpuji je cerita ni.... err tok... dulu kata nak lawan snooker ngan aku... jom aaaa.... tapi nak keluar gi kedai tu pakai spender dulu.... nanti terlupa cam hari tu...
en rie ni suker nak menasihatkan org tapi aku tahu...ko tak penah pun pakai spenderkan...kan,,,kan... sbb takde bender dah yg ko bleh tutup ngan spender tu...opsssss
__________________
-forget about someone who broke ur heart yesterday but don't forget about someone who loves u tenderly today think it... do it..-
tak per la zelmatz..kalu tul la dia cedok pun tak per...janji aku dah ketawa.......hilang segala misteri dalam hidup aku jap..tapi mr3 tu masih lagi bergelumang dgn sampah dah sarap.....