Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
"Hamba cadangkan nama Karma Sari." "Hamba pula cadangkan Margapura." "Karma Sari lebih molek." "Molek lagi Margapura." "Pilihlah Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari molek!" "Molek lagi Margapura!" "Tengkorak hang!" "Opah hang!" "Opah hang!"
"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.
ngko nie serius la rizma...urat ketawa ngko dah putus ker? senangkan dikau jika saban hari perkara serius jer berkunjung tiba...sesekali berlawak menceriakan keadaan.
judin wrote: jgn r ambik hati sgt rizma..name pun ruangan cite lawak..bknnye ruangan kisah benar..
pelik la ko ni judin...tadi ko jugak yg tanya cerita ni sejarah benar ke x...lepas tu pandai plak ko ckp ''name pun ruangan cite lawak..bknnye ruangan kisah benar..''...
huh.. kok cenggitu meh tengok sini sisipan ringkas asal usul nama2 negeri kat malaysia
Perlis - nama asal negeri ni ialah sliper tapi bila inggeris datang tanah melayu inggeris cakap tu slipper tu ialah sepatu jamban dalam bahasa inggeris .. so diorang terbalikkan je...
Kedah - ketika raja bersiong bersiaq2 sambil pikiaq pasai nama negeri tu, dia tenampak pakcik kadir sedang menunggu anak dia berak dalam semak... pakcik kadir memekik " DAH KA BERAK TU?" Anak dia jawab "Belom"... " Dah Ka? Dah ka?" berulang2 kali lalu raja suka ngan nama tu sambil menamakan negeri DAHKA... kemudian ditukar KADAH... kemudian barulah kedah...
Pulau Pinang - senang aja.. francis light datang meminang pulau tu
hahha..pepandai jer ko cipta sejarah tu misteri yer... ada banyak lagi sejarah camner nama tempat kat dunia nie mendapat nama... nanti aku bagi satu-persatu ... tak leh kasik suma..nanti korang tido dalam kelas sejarah aku nie