Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RAYUAN DEMI PERIKEMANUSIAAN


Super Member

Status: Offline
Posts: 1436
Date:
RAYUAN DEMI PERIKEMANUSIAAN


surat ni aku jumpe atas meja pg td... tidak ade kena mengena ngan yg hidup atau yg sudah mati..



Kepada Sdra Pengantin,

Tahniah di atas perkahwinan sdr yang bakal menjelang. Kami kawan-kawan semuanya mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia, serta semoga jodoh berpanjangan, dan insya Allah kami hadir di majlis saudara.

Bagaimanapun, setelah mengambil tahap kemeluatan rakyat Malaysia terhadap laporan-laporan media berkaitan persiapan perkahwinan beberapa 'celebrity'
tempatan yang bakal berlangsung, sukacita kami mencadangkan kepada sdr dan bakal isteri agar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak senonoh seperti berikut:


(1) Sekiranya sdr bercadang mengadakan majlis perkahwinan di pusat-pusat
persidangan seperti Kuala Lumpur Convention Centre, diharap sdr dapat memberi pertimbangan kepada pengguna-pengguna jalanraya di sekeliling tempat majlis itu diadakan. Besar harapan kami sekiranya sdr tidak menyekat atau mengubah laluan trafik, terutamanya ketika sdr mengadakan raptai penuh majlis perkahwinan pada hari dan masa orang-orang tengah sibuk nak pergi atau balik dari kerja.


(2) Kami tidak mempunyai halangan sekiranya sdr dan isteri mengimpikan
majlis perkahwinan ala "Cinderella". Mana-mana pasangan pengantin juga berhak memilih tema-tema seperti "Beauty and The Beast", "Snow White & The Seven Dwarfs", "Happy Happy Puffy Amy Yumi", "PowerPuff Girls", "Courage The Cowardly Dog...Kami hanya memohon jasa baik sdr agar tidak menghuraikan impian sdr dengan panjang lebar dalam surat khabar, contohnya tentang gaun pengantin tujuh lapis, kek tujuh tingkat dengan bertangga, naik kereta kuda tujuh roda dan sebagainya. Sesungguhnya, dalam zaman di mana kita perlu memulihara alam sekitar, amat tidak wajar sekali banyak pokok terpaksa dikorbankan untuk diproses menjadi kertas suratkhabar, tetapi dicetak dengan cerita-cerita fantasi seperti itu.

(3) Sekiranya sdr dan isteri bertuah menerima tawaran mana-mana stesen
televisyen agar majlis sdr disiarkan secara langsung di tv kelak, besar harapan kami sekiranya sdr memaklumkan stesen televisyen tersebut agar tidak membatalkan rancangan-rancangan lain yang lebih penting dan bermakna seperti EPL, CSI, dan Formula 1. Mujurlah Akademi Fantasia sudah selesai. Kalau tidak, harus pusingan Final AF terpaksa ditangguh semata-mata nak menyiarkan majlis perkahwinan sdr.



Jasa baik sdr dan bakal isteri dalam memberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya kepada rayuan rakyat marhaen seperti kami amat kami alu-alukan dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.

Selamat menjadi Pengantin Baru (tanpa menyusahkan orang lain)!

Salam hormat,

Insan Bengang..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

oii kokalau dengki dgn ct sbb dapat datin..ko jgn lah posting meraban cani...aku tau ko jeles....sbb ct kawen dgn dato k...ko kawen ah dgn dato A..heheh...dato Amirul sensei...

__________________
sweet november 2006-


Super Member

Status: Offline
Posts: 1436
Date:

wes8054 wrote:


oii kokalau dengki dgn ct sbb dapat datin..ko jgn lah posting meraban cani...aku tau ko jeles....sbb ct kawen dgn dato k...ko kawen ah dgn dato A..heheh...dato Amirul sensei...


tu surat tu aku kate aku jumpe atas meja aa..aku tgk tulisan die cm tulisan ko jekk...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

yeh!! aku tak ketinggalan cam ko...aku pakai email..mana larat tulis222!!! yeh!!! amirul kesayangan ko mana??

__________________
sweet november 2006-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard