Suatu hari kerajaan Amerika hendak membantu mempromosikan barangan kraf masyarakat Red Indian. Chief berusaha dengan gigih untuk menyahut seruan kerajaan itu. Maka, dia pun mendapat anugerah wang tunai sebanyak AS500.
Dipendekkan cerita, chief bercadang pergi ke bandar paling berhampiran untuk berbelanja. Maklumlah dia baru mendapat wang tunai sebanyak AS500. Lagipun, sejak kecil dia tidak pernah meninggalkan kampung halamannya.
Chief mengambil seliparnya yang disimpan dalam almari sejak dulu. Dia tidak pernah memakai selipar itu. Selama ini dia berkaki ayam saja.
Lalu berjalanlah dia keluar dari perkampungan Red Indian hingga sampai ke perhentian bas. Chief bertanya seorang pemuda mat saleh yang sama-sama menunggu bas di situ, “Bas pergi pekan dah sampaikah?”
"Sekejap lagi sampailah tu," sahut pemuda berkenaan dengan selamba.
Apabila bas sampai chief menyuruh semua orang naik dahulu, sebab dia kelam-kabut sikit, maklumlah itu kali pertama dia menaiki bas. Akhir sekali dia pun naik dan terus duduk di sebelah konduktor bas.
" Chief nak pergi ke mana?" tanya konduktor bas.
" Aaaa..... nak pergi pekan. Nak tengok wayang," jawab chief. Selepas dia membayar tambang chief tidak bergerak-gerak lagi sebab rasa ngeri. Maklumlah itulah kali pertama dalam hayat chief menaiki bas. Bas itu dipandu dengan laju.
Apabila sampai di pekan, konduktor memberi tahu penumpang-penumpang, "OK, dah sampai. Sila turun perlahan-lahan.”
Maka chief yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju terus bangun. Tiba-tiba di tangga bas dia tidak jadi turun. Mukanya cemas. Apabila konduktor itu nampak chief tidak turun-turun dia pun bertanya, "Hah, chief. Apa pasal pulak tu?"
Dengan nada marah chief menjawab, "Mana selipar aku? Tadi aku naik aku taruh kat bawah tangga ni. Siapa yang kebas selipar aku?”
Mr_machoman wrote: yang ko sibuk pasal orang ni napa???mau tamat atau mau nikmat??
ape kehey plak la beliau nie??oiii..mr xmachoman,kalau pakai seliper leh tamat riwayat kesan degil ke?emm..ke ade yang seliper yang boleh menikmatkan ko nye makanan..sah la seliper yg ade sedikit najis yg tjatuh lam makanan ko kan,tu yg membuatkan ko rs nikmat tu kan..ekehkehkeh