Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je... Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi... Susahnya Nak Buat Dosa... Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah. Nak sewa hotel (duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap?silap kena tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru... Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best! Susahnya Nak Buat Dosa... Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni. Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka. Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala... Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la... Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...
Susahnya Nak Buat Dosa... Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila. Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat?
Senangnya Nak Buat Pahala... Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk?tamak haloba. Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru, kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best? Susahnya Nak Buat Dosa... Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap?kantoi, kena ganti. Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)
Senangnya Nak Buat Pahala... Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit?kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Bahagia je... Susahnya Nak Buat Dosa... Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih. Carik peguam tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(Hadari kot) Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!! Senangnya Nak Buat Pahala... Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit. takde hukum lebih sempurna dari hukum?Allah. Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir?nak rangka rang undang- undang baru. Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka. Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah.. .
Renung-renungkanlah ...
__________________
Walau pun kita punyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia...
Walau pun kita punyai harta yang banyak,
teman tetap paling berharga...