Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Boleh Makan @ Tidak?


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:
Boleh Makan @ Tidak?


Assalamualaikum...


Sempena bulan Ramadhan kali ini, eloklah aku kongsi bersama artikel mengenai sesuatu yang jarang sekali diketahui oleh orang Islam seperti kita.


Untuk pengetahuan semua, walaupun kaum Hawa akan kedatangan haid pada setiap bulan (bagi yg normal) dan tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan apabila tiba masa tersebut tetapi mereka adalah diwajibkan 'imsak' sepanjang hari sehingga tibanya waktu berbuka puasa.


Wajib imsak bermaksud "Wanita tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk menjamah makanan dan hendaklah menjaga diri sepertimana orang yang berpuasa dari terbit fajar sehingga menyinsingnya matahari". Ramai yang tidak tahu mengenai masalah ini kerana berpendapat apabila mereka tidak boleh berpuasa kerana didatangi haid, mereka boleh makan dan minum seperti biasa. Sebenarnya pendapat ini adalah salah kerana walaupun di datangi haid, wanita adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk makan dan minum seperti biasa.


Perkara ini pernah dibangkitkan beberapa tahun yang lalu kerana umat Islam tidak peka dengan masalah ini. Antara yang pernah membangkitkan masalah ini ialah Dato' Dr. Masyitah dalam tulisan beliau di sebuah akhbar. Beliau menyatakan bahawa wanita yang tidak boleh berpuasa adalah wajib imsak seperti yang diterangkan diatas.


Kalau anda merasa ragu-ragu dengan kenyataan ini cubalah bertanyakan kepada yang mereka yg lebih arif tentang perkara ini untuk pendapat lebih lanjut. Aku cuma ingin berkongsi secebis ilmu yang pernah aku terbaca aje. Semoga panduan ini berguna untuk semua.


Wallahhua'lam..


P/S: Peringatan di atas turut ditujukan khas kepada Eloka, Wes, Pariesya Abdul Munir & Nur Esah dgn ucapan "Fikir dulu sebelum makan siang hari di bulan puasa.."



-- Edited by GaBRiEL at 16:16, 2006-09-30

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

Ustaz Gab MemBeRi ceRaMah DenGaN PeNuH  SemaNgaT TepuK TanGaN SiKiT

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

ustaz ini menyampaikan ceramah yang sungguh itu..apakah 'itu' itu??


 


heh!!pa ku dulik..hmm..tapi ceramah ini kan..kan..kan..baek ko suroh asya postkan..


amin..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

gab-hehehee...utk aku ya..trimas...aku tak bukak posting baru sbb aku rasa apa yg aku nak sampaikan nih lebeh kurang mcm gab je..mende ni, aku mmg sokong sgt2..sungguh memalukan.


SESUAI dengan ketibaan Ramadan yang mulia,
saya mengajak anda menghayati kisah dan
teguran seorang lelaki bernama Amin yang
menelefon dari Kota Tinggi, Johor.

Menurut Amin, sudah lama dia ingin bercerita
tetapi terpaksa menunggu bulan Ramadan kerana
kisah itu sesuai untuk disiarkan pada bulan ini.

Saya bertanya Amin Kenapa mesti menunggu
bulan Ramadan. Sambil tergelak, dia berkata,
sebab ia sesuai untuk wanita.

Saya menjadi semakin tertanya-tanya. Apakah
topik yang ingin disampaikan Amin.

“Kisah menarik. Topik wanita uzur (tidak boleh
berpuasa) makan di surau pada bulan Ramadan,’’
kata Amin memulakan ceritanya.

Saya tergamam. Buat seketika saya terdiam.
Malu pun ada. Tapi saya tahu, kalau tak kerana
kisah ini menarik untuk dikongsi pembaca,
pastinya Amin tidak akan bersusah payah
menelefon saya.

Lalu saya meminta dia meneruskan ceritanya.

Kata Amin, dia ingin menegur sikap wanita uzur
yang tidak berpuasa tetapi buat pesta makan-
makan di surau pejabat.

“Wanita sekarang sudah tidak ada segan silu lagi
apabila uzur dan tidak berpuasa. Mereka makan
sesuka hati di tempat terbuka terutama di pejabat
yang kakitangannya berbagai-bagai kaum.

“Saya sudah lima tahun memerhati senario ini.
Tidak pernah berubah. Yang buat semua itu kawan-
kawan kita juga. Tegur dikata kita nak tunjuk alim,
tidak ditegur sudah semakin melampau.

“Saya juga tidak nafikan ada lelaki yang tidak
berpuasa, tetapi mereka tidak makan di tempat
terbuka, jauh sekali di pejabat. Mereka ada pot
sendiri.

“Tapi masalahnya dengan wanita, mereka suka
berhimpun di surau untuk makan-makan pada
bulan Ramadan tanpa menyedari bau makanan itu
boleh dihidu oleh orang lain.

“Paling saya sedih mereka sanggup menyuruh
rakan-rakan yang bukan beragama Islam membeli
makanan dan minuman untuk mereka.

“Kemudian bawa ke surau dan makan beramai-
ramai. Biasanya satu kumpulan tiga orang. Sambil
bersembang sambil makan, kemudian gelak ramai-
ramai. Sesekali mereka melayan panggilan telefon
atau membalas mesej SMS. Bayangkan Kak
Nor,’’ kata Amin dengan penuh perasaan.

Menurut Amin, bukan niatnya menyinggung
sesiapa. Ia sekadar teguran ikhlas supaya semua
orang menghormati tempat ibadah.

“Saya tidak kata apabila mereka uzur dan tidak
boleh berpuasa mereka tidak boleh makan, tapi
bukan makan seperti yang saya sebutkan tadi.
Sekurang-kurangnya mereka makan terlebih
dahulu di rumah sebelum masuk pejabat.

“Ini bukan macam yang saya katakan tadi. Makan
ikut suka hati di surau. Bau makanan menusuk
hidung orang yang bersolat. Tidak cukup dengan
itu, sisa makanan dibungkus dan dibuang ke
dalam bakul sampah.

“Bayangkan surau berhawa dingin, tentunya bau
itu boleh dihidu ke mana sahaja. Kan tidak manis.
Daripada orang lelaki yang bersolat tidak tahu, jadi
tahu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Saya tidak menuding jari menyalahkan sesiapa.
Sekadar teguran telus bagi membina akhlak. saya
juga ada anak isteri, anak perempuan, adik
perempuan malah ibu pun masih ada. Saya harap
wanita pelihara adab mereka pada bulan Ramadan
ini. Elak daripada makan di surau.

“Tidak puasa kerana uzur tidak semestinya makan
sampai kenyang, memadai dengan meminum
seteguk air. Kalau nak makan juga makanlah di
rumah, baru datang ke pejabat,’’ kata Amin.

Menurut Amin, setiap tahun dia menghadapi
masalah yang sama di tempat kerjanya kerana
sikap kakitangan wanita Islam yang tidak
berpuasa makan di surau.

“Bayangkan Kak Nor, kita ini dok khusyuk
sembahyang dan nak buat amal jariah lebih sikit
pada bulan Ramadan, tiba-tiba hidung dicucuk bau
kari dan sambal tumis yang meluap-luap.

“Khusyuk pun hilang, sebab dok tertanya-tanya,
siapa pula yang tidak tahu adab makan di surau
pada bulan baik ini.

“Nyata bau itu datangnya dari surau wanita yang
hanya dipisahkan pemidang atau tirai. Bayangkan,
macam mana nak buat. Saya berharap apabila
teguran ini disiarkan, wanita yang termakan cili
akan sedar dan menghentikan tindakan mereka,’’
tambah Amin serius.

Saya tidak berdaya untuk menokok tambah sebab
memang betul apa yang dikatakan Amin. Sebelum
ini ramai juga teman-teman bercerita perkara yang
sama.

Tapi biasalah, banyak orang banyak ragam.
Macam Amin kata, tidak boleh ditegur, nanti
dikata lebih kuah daripada sudu. Berlagak alim.
Kadangkala kita yang berumur ini tegur atas dasar
orang tua. Orang muda perlu ditegur, tapi ada
masa orang muda sekarang tidak boleh ditegur.
Menjelingnya macam nak terkeluar biji mata.
Selisih bahu pun menjeling.

“Tidak cukup dengan itu setelah kenyang perut,
tidur pula melingkar macam ular sawa
kekenyangan dan menyusahkan orang lain untuk
bersolat. Itu belum masuk bab kirai kain dan
tunjuk contoh kuih... pendek kata surau sudah
bertukar menjadi pasar borong.


*Telefon bimbit

“Bunyi telefon bimbit tidak usah ceritalah... yang
muda-muda pula tidak henti-henti melayani mesej
SMS yang masuk, breast tet breast tet. Kita yang
mendengar ini pula yang sakit telinga,’’ tambah
Amin.

Saya masih terdiam. Memang mati akal
dibuatnya. Lalu saya bertanya Amin tidakkah ada
ahli jawatankuasa surau yang bertugas. Merekalah
yang perlu ambil tindakan.

“Semua tidak berani Kak Nor. Macam saya
katakan, takut dikata nak tunjuk alim,’’ katanya.

Lalu saya mengubah tajuk kepada orang lelaki
yang tidak berpuasa.

“Saya tahu ada lelaki yang tidak berpuasa tetapi
mereka tidak makan di pejabat. Tidak gunakan
surau. Mereka cari tempat selamat yang memang
sukar dikesan. Kalau kena cekup nasiblah. Tapi
wanita suka lepak di surau,’’ tambahnya.

Tambah Amin, sepatutnya kaum wanita perlu tahu
bahawa surau ialah tempat ibadah. Pada bulan
baik ini, ada kawan-kawan yang hendak membaca
al-Quran, bertadarus atau kuliah zuhur. Hormatilah
mereka.

“Saya juga faham memang penat terutama bagi
mereka yang bekerja keluar masuk ke pejabat.
Letih terutama waktu tengah hari. Tapi macam
yang kita tahu, bulan puasa ini bulan ujian. Tuhan
menduga kita dengan pelbagai cara. Ini salah satu
daripadanya, kita kena akur dan melaluinya
dengan tabah.

“Saya harap teguran ini akan diterima baik oleh
kaum sejenis Kak Nor. Pun begitu saya juga
mengingatkan kaum sejenis saya supaya turut
melakukan perkara yang sama. Kalau tidak
berpuasa hormatilah orang lain yang berpuasa dan
jangan menyalahgunakan rumah Allah.

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Nawaitu
saya ikhlas menegur. Kerana saya pasti banyak
surau pejabat mengalami keadaan ini tetapi tidak
ada tindakan.

“Ramadan datang hanya setahun sekali. Itupun
tiga puluh hari sahaja. Lakukannya dengan telus
dan penuh tanggungjawab sebagai umat Islam.
Selebihnya lipatgandakan ibadah agar kita
mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima
kasih Kak Nor kerana sudi mendengar dan
menyiarkan kisah yang telah lama saya
pendamkan ini,’’ kata Amin sebelum meletakkan
telefon.

Sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan
Amin, saya termenung seketika. Memang benar
katanya. Perkara ini kalau tidak dibendung akan
menjadi amalan. Tahun demi tahun perkara yang
sama akan berulang. Sebab tidak ada orang
menegur. Walaupun saya seorang wanita, saya
turut berasa tempias teguran Amin, tetapi itulah
hakikatnya. Ia realiti yang berlaku di depan mata.

Saya harap mereka yang terbaca ruangan ini dan
pernah melakukannya, menghentikan perbuatan
itu segera. Jaga adab dan maruah wanita khasnya
pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pelihara
kemuliaan peribadi dan pekerti kaum Hawa yang
sering disanjung.

Menutup kata, saya catatkan e-mel yang saya
terima daripada seorang hamba Allah untuk
tatapan kita bersama.

11 bulan

banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan

tak semua menyenangkan,

11 bulan

banyak keluhan, kebencian, kebohongan

menjadi bagian daripada diri,

saatnya istirehat dalam ‘perjalanan dunia’

saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga

saatnya menikmati indahnya kemurahanNya

saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan ibadah puasa

bersama kita leburkan kekhilafan

Semoga dengan puasa mempertemukan kita

dengan Keagungan Lailatul Qadar

dan kita semua menjadi pilihanNya

untuk dikabulkan doa-doa

dan kembali menjadi fitrah

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
Allah s.a.w. dan yang buruk itu daripada saya
hamba-Nya yang serba kekurangan.



__________________
sweet november 2006-


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Aku macam tak percaya.. dah dekat setahun aku lepak dalam GC ni.. ini la baru first time aku posting dalam ruangan Cerita Agama.. Betapa nirrojimnya aku.. Masya Allah..

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Akhirnya kembali ke rahmatullah jugak... eh.... kembali ke pangkal jalan jugak si gaban ni.... dulu si gab ni tak bleh masuk ruangan agama ni sebab suasana di sini terlalu panas bagi nirrajim seperti gab... nasib baik la aku dah baca yassin kat beliau ni.. tu cahaya keimanan setebal kulit bawang baru menular dalam pelusuk isi perut si gab nuk ni...

baru la beliau bleh masuk ruangan ni...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

GaBRiEL wrote:



Assalamualaikum...


Sempena bulan Ramadhan kali ini, eloklah aku kongsi bersama artikel mengenai sesuatu yang jarang sekali diketahui oleh orang Islam seperti kita.


Untuk pengetahuan semua, walaupun kaum Hawa akan kedatangan haid pada setiap bulan (bagi yg normal) dan tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan apabila tiba masa tersebut tetapi mereka adalah diwajibkan 'imsak' sepanjang hari sehingga tibanya waktu berbuka puasa.


Wajib imsak bermaksud "Wanita tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk menjamah makanan dan hendaklah menjaga diri sepertimana orang yang berpuasa dari terbit fajar sehingga menyinsingnya matahari". Ramai yang tidak tahu mengenai masalah ini kerana berpendapat apabila mereka tidak boleh berpuasa kerana didatangi haid, mereka boleh makan dan minum seperti biasa. Sebenarnya pendapat ini adalah salah kerana walaupun di datangi haid, wanita adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk makan dan minum seperti biasa.


Perkara ini pernah dibangkitkan beberapa tahun yang lalu kerana umat Islam tidak peka dengan masalah ini. Antara yang pernah membangkitkan masalah ini ialah Dato' Dr. Masyitah dalam tulisan beliau di sebuah akhbar. Beliau menyatakan bahawa wanita yang tidak boleh berpuasa adalah wajib imsak seperti yang diterangkan diatas.


Kalau anda merasa ragu-ragu dengan kenyataan ini cubalah bertanyakan kepada yang mereka yg lebih arif tentang perkara ini untuk pendapat lebih lanjut. Aku cuma ingin berkongsi secebis ilmu yang pernah aku terbaca aje. Semoga panduan ini berguna untuk semua.


Wallahhua'lam..


P/S: Peringatan di atas turut ditujukan khas kepada Eloka, Wes, Pariesya Abdul Munir & Nur Esah dgn ucapan "Fikir dulu sebelum makan siang hari di bulan puasa.."



-- Edited by GaBRiEL at 16:16, 2006-09-30




pesanan utk aku ye encik gab....dh lmbt la encik gab....aku dh bole posa dh...tp ko jgn risau...aku mmg buat apa yg ko tulis kat atas tu la...tak posa sama mcm org posa....tak mkn n minum....mkn pun sama2 dgn org bukak posa..sbb klu aku kn dulu..nnti tak dpt rasa mknan yg beli kat pasar ramadhan utk org yg posa tu...klu nk mkn kene tunggu org buka posa lu...hehe


alamak...terasa nk mkn zinger beger kfc la plak...slurpppp....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 256
Date:

takpe ar tu ni kire ko dah brubah menjadi yang lebih baik.. wei tgk surat khabar metro gambar pakwe ko ada kat situ

__________________
chox si kuih


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Mister Rie wrote:


Akhirnya kembali ke rahmatullah jugak... eh.... kembali ke pangkal jalan jugak si gaban ni.... dulu si gab ni tak bleh masuk ruangan agama ni sebab suasana di sini terlalu panas bagi nirrajim seperti gab... nasib baik la aku dah baca yassin kat beliau ni.. tu cahaya keimanan setebal kulit bawang baru menular dalam pelusuk isi perut si gab nuk ni...

baru la beliau bleh masuk ruangan ni...



True.. True.. Cahaya keimanan mulai menular ke dalam lubuk sanubari ku.. Sinar keinsafan mula menyelubungi diri.. Aku sekarang sudah berubah menjadi lelaki yg bertanggungjwb serta berbudi pekerti mulia.. Oleh itu.. marilah Pariesya Abdul Manan baring2 dekat abang sekarang.. Abang dah berubah ni..

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

GaBRiEL wrote:



Mister Rie wrote:


Akhirnya kembali ke rahmatullah jugak... eh.... kembali ke pangkal jalan jugak si gaban ni.... dulu si gab ni tak bleh masuk ruangan agama ni sebab suasana di sini terlalu panas bagi nirrajim seperti gab... nasib baik la aku dah baca yassin kat beliau ni.. tu cahaya keimanan setebal kulit bawang baru menular dalam pelusuk isi perut si gab nuk ni...

baru la beliau bleh masuk ruangan ni...




True.. True.. Cahaya keimanan mulai menular ke dalam lubuk sanubari ku.. Sinar keinsafan mula menyelubungi diri.. Aku sekarang sudah berubah menjadi lelaki yg bertanggungjwb serta berbudi pekerti mulia.. Oleh itu.. marilah Pariesya Abdul Manan baring2 dekat abang sekarang.. Abang dah berubah ni..




Insaf2 gak ...Dosa dosa gak ..jangan membuat perkara jahil berdosa tuh ...!!



__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

TheMask wrote:


Insaf2 gak ...Dosa dosa gak ..jangan membuat perkara jahil berdosa tuh ...!!


Nak buat camne Maskera.. kita ni hanya manusia biasa.. tak lepas dari sering melakukan kesilapan.. Takkan pernah lari dari melakukan dosa besar mahupun dosa kecil.. Apa yg boleh kita buat ialah sentiasa sujud dan berdoa kepadaNya meminta agar diampunkan dosa2 kita yg terdahulu dan sekarang..

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Namun... selepas gab mengucapkan kata tersebut... dengan selambanya beliau membawa keluar secalit kertas dan diperhatikan di kertas tu... kemudian diperhatikan pula di atas surat khabar. Rie yang melihat perlakuan itu terus menegur :

Rie : Ko tengok apa tu gab?

Gab : ohhh... aku skang dah jadi 'Mat Sport'...

Rie : Waaa bagus la ko... mesti ko tengah tengok keputusan perlawanan bola semalam kan?

Gab : Tak la.... aku tengah tengok keputusan 'sports toto' ni.

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Sambungan kisah di atas..


Rie Cipan : Huh! Ko pun layan benda judi ni Tenuk? Tak guna sungguh.. ko tau tak, membazir ko main tikam2 nombor Sport Toto ni! Baik ko insaf, berhenti main Sport Toto..


GaBRiEL : (sambil tertunduk malu) Ye.. Ye.. aku insaf.. taknak main Sport Toto lagi.. Tak pernah kena pun aku tikam nombor ni..


Rie Cipan : Bagus.. Bagus.. Baik ko ikut aku, bulan Ramadahn ni, kita buat amal jariah sikit la.. sedekah haiwan ternakan yg terbiar, makan. Ko tau, aku ada ternak kuda. Banyak.. Time2 gini takde org bagi dia makan pun. Kesian.. Jom ikut aku..


Kelihatan Rie Cipan membawa GaBRiEL masuk ke kandang kuda yg bercermin gelap..


Rie Cipan : Haaa.. ni la kuda2 kesayangan aku. Cepat la bagi kuda2 aku makan. Semua makan duit singgit2 je.. Kalau ko teka betul kuda mana menang, dapat la duit.


Sejurus kemudian kelihatan GaBRiEL kuar meluru dari kandang kuda itu sambil menyumpah2..


GaBRiEL : Cilakak punya Rie Cipan.. bawak aku masuk pusat judi mesin lumba kuda rupanya!



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 210
Date:

pale ko la..
saper la yang bgtau ko bende2 mengarut nih..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

fuhyoooo... (bt cam iklan digi)
smgt betoi la wanie 95 nie goreng topik tahun lepas...
apakah reaksi abg rei dan semua mod....

__________________
.::: BABY I'M BACK :::.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard