Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: mata


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:
mata



mata..semua manusia dianugearahkan Allah S.W.T dengan sepasang mata
yang berfungsi utk memantulkan cahaya dari objek-objek di sekeliling
kita..dari cahaya ini lah kita dapat mengenalpasti objek
tersebut..tanpa mata juga kaki gagal berfungsi dengan baik di mana
mata lah yg akan membawa sepasang kaki itu untuk menuju ke destinasi
yg hendak dituju....tanpa mata juga kita
tidak dapat melihat jari jemari kita..dan tidak dapat mengenal pasti
siapa yg kentut di sebelah kita kerana bau kentut berbeza, namun ia
tidak mempunyai nama..

saudara saudari yg dihormati..tidak semua mata berfungsi untuk
melihat..penggunaan perkataan "mata" hari ini sangat meluas sehingga
ada yg tidak dapat mengaitkannya dengan "mata" yg dijelaskan di
atas..mari kita ikuti perkataan2 yg mempunyai perkataan mata ini..

matalat..menurut kamus perkakasan mesin
edisi sesi 2005/2006,matalat merupakan satu alat untuk
membuang atau menyingkirkan bahagian bahan kerja yg tidak diingini..
dapat dinyatakan di sini bahawa
jelas, tidak semua mata berfungsi untuk melihat..

penggunaan "mata" bukan sahaja terbatas kepada melihat atau
dijadikan sebagai alat memotong, malah ianya juga digunakan dalam
kehidupan seharian kita..mata wang...mata wang merupakan unit
pembayaran untuk urus niaga ekonomi yang digunakan di suatu negara,
sama ada untuk barangan atau perkhidmatan..ia merupakan satu bentuk
duit, di mana duit merupakan satu bentuk perantara dan bukan nilai
sebenar.. di Malaysia, mata wang yang digunakan ialah Ringgit
Malaysia (RM)..

mata juga boleh dimakan..tidak percaya?percayalah..buah mata
kucing..buah mata kucing merupakan sejenis buah yg berbuah secara
bermusim..ia dinamakan demikian kerana bentuk dan saiznya yg
menyerupai mta kucing..kulitnya nipis, dan isinya manis..miaow
miaow..auwwwwww...

mata bersukan?ya,mata juga bersukan..malah telah berjaya membantu
pasukannya menjulang Piala Dunia 2006 di Germany baru2
ini..materazzi..(halal jek la huruf E tu ek)..materazzi merupakan
pemain pertahanan italy yg telah menaikkan darah kapten france,
zinedine zidane yg kemudiannya bertindak menanduk dadanya..zidane di
buang padang 10 minit sblm separuh masa kedua masa tambahan
tamat..italy menang 5-3 melalui penalty shoot-out..

saudara saudari sekalian..memandangkan masa tidak mengizinkan saya
untuk memikir perkataan2 lain yang berkaitan..maka dengan ini
tamatlah sesi mengenali perkataan2 yg menggunakan perkataan "mata"..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

macam penah ku baca...tapi di mana yek..mmmmm...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard