mata..semua manusia dianugearahkan Allah S.W.T dengan sepasang mata yang berfungsi utk memantulkan cahaya dari objek-objek di sekeliling kita..dari cahaya ini lah kita dapat mengenalpasti objek tersebut..tanpa mata juga kaki gagal berfungsi dengan baik di mana mata lah yg akan membawa sepasang kaki itu untuk menuju ke destinasi yg hendak dituju....tanpa mata juga kita tidak dapat melihat jari jemari kita..dan tidak dapat mengenal pasti siapa yg kentut di sebelah kita kerana bau kentut berbeza, namun ia tidak mempunyai nama..
saudara saudari yg dihormati..tidak semua mata berfungsi untuk melihat..penggunaan perkataan "mata" hari ini sangat meluas sehingga ada yg tidak dapat mengaitkannya dengan "mata" yg dijelaskan di atas..mari kita ikuti perkataan2 yg mempunyai perkataan mata ini..
matalat..menurut kamus perkakasan mesin edisi sesi 2005/2006,matalat merupakan satu alat untuk membuang atau menyingkirkan bahagian bahan kerja yg tidak diingini.. dapat dinyatakan di sini bahawa jelas, tidak semua mata berfungsi untuk melihat..
penggunaan "mata" bukan sahaja terbatas kepada melihat atau dijadikan sebagai alat memotong, malah ianya juga digunakan dalam kehidupan seharian kita..mata wang...mata wang merupakan unit pembayaran untuk urus niaga ekonomi yang digunakan di suatu negara, sama ada untuk barangan atau perkhidmatan..ia merupakan satu bentuk duit, di mana duit merupakan satu bentuk perantara dan bukan nilai sebenar.. di Malaysia, mata wang yang digunakan ialah Ringgit Malaysia (RM)..
mata juga boleh dimakan..tidak percaya?percayalah..buah mata kucing..buah mata kucing merupakan sejenis buah yg berbuah secara bermusim..ia dinamakan demikian kerana bentuk dan saiznya yg menyerupai mta kucing..kulitnya nipis, dan isinya manis..miaow miaow..auwwwwww...
mata bersukan?ya,mata juga bersukan..malah telah berjaya membantu pasukannya menjulang Piala Dunia 2006 di Germany baru2 ini..materazzi..(halal jek la huruf E tu ek)..materazzi merupakan pemain pertahanan italy yg telah menaikkan darah kapten france, zinedine zidane yg kemudiannya bertindak menanduk dadanya..zidane di buang padang 10 minit sblm separuh masa kedua masa tambahan tamat..italy menang 5-3 melalui penalty shoot-out..
saudara saudari sekalian..memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk memikir perkataan2 lain yang berkaitan..maka dengan ini tamatlah sesi mengenali perkataan2 yg menggunakan perkataan "mata"..