Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu? Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la.... Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka? Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.
Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.
Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah, ke bumi tak sampai '
lucky.ko ni melayu ker cina??ko kene naikkan status/maratabat melayu..ni tak ko asek mrendah2kan org mlyu plak walaupon ramai dikalangan org2 mlyu yg sejak azali lagi rendah(kecuali aku)
fear factor wrote: lucky.ko ni melayu ker cina??ko kene naikkan status/maratabat melayu..ni tak ko asek mrendah2kan org mlyu plak walaupon ramai dikalangan org2 mlyu yg sejak azali lagi rendah(kecuali aku)
fear factor...aku melayu...aku bukan nak merendah2kan bangsa aku sendiri..aku posting citer ni kat ruangan teladan...so amik la teladan dr citer ni..kalu aku nak merendahkan bangsa melayu...aku posting jer citer ni kat ruangan lawak biar semua org gelak...
cubalah ko baca dr sudut positif...kalu ko baca dr sudut positif,maka positif la pemikiran ko...tapi kalu ko baca dr sudut negatif...maka negatif la pemikiran ko.

ok..ok..kita settle cara damai k...thank sbb hujah2 ko yg padat lg menarik tu yerk (pedas tul aku bacer hujah ko)
saya setuju sangat dengan cerita tu....Melayu sekarang memang Melayu makan Melayu....macamana kaum lain tak menonjol...sepatutnya kita majukan kaum sendiri tapi nie tidak....asyik nak kenakan kaum sendiri je...ada ke patut...ayah saya pernah dikianati oleh kawan yang bangsa sendiri...bila ayah saya dinaikkan pangkat sebagai Inspektor(polis), kawan ayah saya buat spekulasi entah apa-apa....akhirnya ayah saya terpaksa diturunkan pangkat...jahat punya manusia...sekarang hidup dia selalu dapat susah...alhamdulilah, tuhan tunjukkan terus di atas dunia nie....
tu cerita melayu makan melayu... tapi kalau cerita gab makan sampah... tak cerita lagi... nanti biar saye cerita kan..
(lalu mister rie pun memakan ketam yang berbangsa cina tu, ketam melayu rie tak makan, sebab rie tak suka makan melayu. Selepas kejadia memakan ketam cina tu, rie secara tiba-tiba buleh bercakap mandarin)
Mister Rie wrote: tu cerita melayu makan melayu... tapi kalau cerita gab makan sampah... tak cerita lagi... nanti biar saye cerita kan..
(lalu mister rie pun memakan ketam yang berbangsa cina tu, ketam melayu rie tak makan, sebab rie tak suka makan melayu. Selepas kejadia memakan ketam cina tu, rie secara tiba-tiba buleh bercakap mandarin)
rie...jom sembang2 ngan aku dlm mandarin...aku pon boleh cakap mandarin gak sbb aku slalu makan limau mandarin...
lucky :ni hao ma?
rie : ?????????????
lucky : wo hen hao...ni shi rie tengkorak hijau ma?
(lalu rie pun kembali ke rahmatullah kerana malu yg amat sangat disebabkan beliau sepatah haram pun tak faham)