Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak. Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau.
Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah. Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.
Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie. Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji. Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu. Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.
Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli. Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering. Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan. Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian. Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
PENGGUNA BIJAK PASTI MELAHIRKAN KELUARGA YANG SIHAT
__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?
Patutla gab terkena penyakit lembam fikiran.... ni adalah disebabkan sifatnya yang meminum air kumbahan tikus direct terus dari tikus... bukan sebab kencing tu melekat kat mana2....
elly... ada mende yang effect kat kepala... dan ade mende yang effect kat perut..
cam kes ni... perut mungkin dahulu berjaya menangkis kuman tikus ni sebab perut di penuhi dengan sistem penyisihan kultur abivifilus yang akan menentang bakteria jahat... tapi kepale takde... same la cam org jepun makan sushi.. sampai berulat orak...
Elly : Errr.. cikgu rie, mende ap yg gerak2 kt pale cikgu tu, mcm gelombang jerk.
cikgu rie : Oh! atas pale cikgu ni da penuh dgn kencing tikus, maklumlah tikus salu kencing dlm pale cikgu ni.
sekonyong konyong cikgu rie berkata, Tiba2 ad seko tikus mati terkuar dr lubang edungnyer. Rupanyer Cikgu rie adalah seorang pelakon dlm cite V yg mkn tikus tu.