Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenyataan Ayah Hartina


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
Kenyataan Ayah Hartina


> Assalamualaikum.............kita baca la apa
> yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga
> kita....... kes hartina Moga kita semua jadikan
> sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita,
> adik2 kita,saudara2 seIslam kita....
>
> Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh
> diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi
> mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah
> sempat menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul
> Karim,abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan
> adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi
> menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
>
> Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak
> mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah
> penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak
> menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya
> Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.
>
> Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar
> Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada
> peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese
> School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua
> daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika
> berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
> (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari
> segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat
> sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari
> kesilapan yang telah kami lakukan.
>
> Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak
> jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja,
> maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah
> merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang
> memang menyedihkan.Bayangkan bagaimana perasaan kami
> setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
> setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup
> kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata
> pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".
>
> Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak
> kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat
> sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
> Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock
> Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun
> 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan
> Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan
> dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan
> sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa.
> Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah
> itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula
> renggang kerana kami sudah tinggal berasingan.
> Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala
> Lumpur.
>
> Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya
> bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur
> kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
> menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996)
> dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada
> tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
> En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar,
> Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada
> tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
> pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati
> rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum
> pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci
> spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
> Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama
> seorang lelaki India.
>
> Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya
> sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang
> bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai
> yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang
> dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada
> kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah
> melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya
> kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.
>
> Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak
> dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia
> sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
> Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa
> yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya,
> yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
> saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India
> tersebut) bila dia ingin
> memeluk Islam jika benar-benar inginkan
> Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di
> antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995
> yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan
> agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada
> Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
> perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya
> mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana
> bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan
> apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih
> dahulu.
>
> Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya
> yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran
> Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
> zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah
> dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman
> persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
> mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun
> daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku
> perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
> India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan
> Hartina dan tinggal di Mambang di
> Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai
> kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki
> apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak
> bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si
> lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang
> Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang
> hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
> perhubungan mereka.
>
> Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala
> Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat
> hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
> pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami
> sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna
> ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
> itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana
> kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26
> Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada
> 6.00petang, kami telah berbincang mengenai
> kedudukan mereka sehingga 10.30malam.
>
> Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap
> dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya
> dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
> mula memegang hand-phone sambil mendail
> nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang
> kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah
> ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang
> menghairankan saya Hartina ketika itu membisu
> sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam
> tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang
> mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama
> Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki)
> telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny
> Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India,
> seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh
> berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu
> Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian
> baru membuat pendaftaran perkahwinan.
>
> Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur
> pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina
> dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan
> pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24
> Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari.
> Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada
> kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila
> orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki
> itu berani menunjukkan segala
> dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan kepada saya,
> saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum
> ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan
> kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya
> bersama isteri berpandangan sendiri.
>
> Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami
> hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri
> saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke
> balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya.
> Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan
> yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis
> itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran
> perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua
> dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata,
> kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh
> saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam
> Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan.
> Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya
> membuat laporan polis. Selepas membuat laporan
> polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu
> Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak
> pulang kerumah pada malam itu.
>
> Selepas itu saya membuat aduan di pejabat
> Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang
> tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya
> kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai
> Pendaftaran yang bertanggungjawabmenukarkan nama
> anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya
> memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di
> dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa
> Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"
>
> Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan
> kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak
> di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
> menerima apa-apa laporan daripada Jabatan
> Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya
> telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
> tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun
> lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka
> langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu.
> Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang
> turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu
> bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.
>
> Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk
> mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya
> tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
> bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan
> tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama.
> Polis berjaya menangkap mereka.
>
> Keadaan Hartina tetap seperti dahulu,
> langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu
> saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan
> orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya
> membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina
> langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
> bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar
> berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak
> mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
> mengandungkannya?
>
> Selepas itu saya telah membawa Hartina ke
> Pulau Pinang dan tinggal bersama
> saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya
> di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak
> lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi
> meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di
> Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan
> kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat
> berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
>
> Setibanya saya di Perak, saya terus membuat
> aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan
> mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India
> itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada
> 14April,kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan
> Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
> menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis
> Ipoh.
>
> Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah
> Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama
> seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya
> mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam
> Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada
> saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan
> Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di
> Kelantan.
>
> Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan
> Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke
> Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996.
> Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak
> lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak
> kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan
> majlis perkahwinan mereka.
>
> Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta
> kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31
> April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama
> Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih
> beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah
> syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
> mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan
> bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali.
> Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.
>
> Bermakna kami telah menang atas tuduhan
> mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti
> setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat
> saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu
> mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada
> KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam
> Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan
> memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan
> perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak
> berpuas hati
> dan terus mencari alasan untuk merampas
> Hartina daripada kami.
>
> Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat
> Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran
> kembali nama kepada Hartina di atas
> persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada
> 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau
> Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti
> biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara
> seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
> sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki
> mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa
> Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana
> telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh
> jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan
> bertulis.
>
> Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya
> mendapat seorang peguam dan saya menetap di
> BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya
> mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan
> Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau
> Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
> Shah Alam dan bertemu dengan polis yang
> mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut
> mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada
> Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah
> bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
> sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa.
> Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan
> saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan
> badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui
> segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan
> perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang
> alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur
> dan Shah Alam.
>
> Walaubagaimana banyak laporan yang saya
> lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil
> untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh
> pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di
> mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya
> mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
> mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu
> keempat baru jumpa.
>
> Kawan saya itu memerlukan masa yang lama
> kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula
> dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
> ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman
> Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu
> saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke
> bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke
> pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka
> menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi
> laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak
> si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka
> telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh
> untuk menyerbu rumah itu.
>
> Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi
> saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang
> Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
> pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran
> masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi
> keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
> diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar
> kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31
> September 1995 dia menukar namanya kepada nama
> Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya
> menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya
> dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
> kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah
> bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya
> pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama
> Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya
> dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu
> saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang
> bertugas di bahagian menukar nama dan memberi
> ingatan kepadanya agar jika ada
> percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
> Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali,
> cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan
> pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal
> yang saya tidak ingini tetap berlaku.
>
> Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku
> tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina
> dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
> bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan
> dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang
> saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya
> seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan
> sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
>
> Kejadian serbuan 5 September 1996 itu
> benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai
> Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat
> apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam
> masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke
> bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
> berdiri di hadapan pintu sambil mencekak
> pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk
> memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih
> dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.
> Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu
> supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh
> mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh
> memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada
> mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa
> kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak
> lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan
> perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
> Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa
> kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?"
> Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata
> yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang
> sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di
> belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
> dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar.
> Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau
> lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang
> pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya
> juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang
> saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya
> untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk
> membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan
> segera menahan darah yang memancut keluar dari
> leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
>
> Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan
> sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00.
> Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya
> tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah
> sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga.
> Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk
> di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996
> Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan
> rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat
> saya berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.
>
> Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya
> ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika
> itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
> barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat
> atau lima meterdihadapan saya, saya nampak mereka
> semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
> saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan
> saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali
> lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali
> semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai,
> Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya
> bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang
> saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil
> parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari
> di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki
> yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah
> belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung
> dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh
> tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain
> datang meluru ke arah
> saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
> bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
>
>
> Ada juga yang melemparkan batu ke arah
> saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk
> melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya
> berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar
> saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital
> saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya.
> Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi
> rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak
> melarikan diri kerana saya disabit melakukan
> jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya
> menyerang mereka.
>
> Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk
> minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur
> semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan
> lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar
> saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan
> didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari
> wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah
> dahulu.
>
> Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah
> ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya
> ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya
> diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan
> membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih
> anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
> senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan
> bapa.(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu
> airmata).
>
> Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan
> jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya anya
> berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih
> terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di
> rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk
> mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina
> dan rajeswaran.
>
> Setelah empat bulan berehat, saya mendapat
> surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998
> sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
> Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu
> daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei
> 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das
> tembakan.
>
> Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak
> kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei
> iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
> tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor
> sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi
> ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya.
> Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi
> di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei
> 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga
> disyaki.
>
> Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh
> terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun.
> Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
> Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua
> digari.Polis yang menggari kami juga terkejut
> melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis
> telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar
> tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya
> agar melakukan solat hajat dan berdoa.
>
> Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru
> selesai menjalani pembedahan tulang
> belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara
> merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya
> hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami
> telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa
> kami yang merancang kejadian tembakan itu.
>
> Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih
> ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya
> disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa
> dan berapa yang saya bayar untuk mengupah
> penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya
> tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan
> tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit
> diseksa dengan teruk.
>
> Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku
> ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul
> dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
> keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi
> palsu dan perkara palsu menjadi benar. Saya tetap
> tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya
> untuk di bicarakan.
>
> Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga
> kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit
> kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh
> kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka
> aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai
> pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang
> saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua
> selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya
> itu.
>
> Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya
> fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa
> begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa
> saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan
> terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya
> beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang
> dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya
> dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan
> disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah
> menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya
> sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan
> Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
> caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya
> sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam.
> Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam
> agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.
> Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah
> penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas
> perbuatannya itu.


crying:



__________________
"nama saya Rain~"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard