> Assalamualaikum.............kita baca la apa > yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga > kita....... kes hartina Moga kita semua jadikan > sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, > adik2 kita,saudara2 seIslam kita.... > > Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh > diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi > mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah > sempat menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul > Karim,abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan > adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi > menceritakan rentetan peristiwa tersebut. > > Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak > mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah > penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak > menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya > Hartina dapat dikembalikan kepada Islam. > > Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar > Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada > peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese > School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua > daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika > berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza > (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari > segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat > sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari > kesilapan yang telah kami lakukan. > > Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak > jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, > maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah > merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang > memang menyedihkan.Bayangkan bagaimana perasaan kami > setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya > setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup > kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata > pepatah "bagai menatang minyak yang penuh". > > Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak > kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat > sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar. > Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock > Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun > 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan > Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan > dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan > sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. > Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah > itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula > renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. > Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala > Lumpur. > > Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya > bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur > kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami > menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) > dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada > tarikh itu saya ada menerima tempahan sate > En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, > Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada > tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu > pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati > rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum > pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci > spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. > Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama > seorang lelaki India. > > Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya > sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang > bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai > yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang > dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada > kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah > melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya > kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. > > Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak > dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia > sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. > Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa > yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, > yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik > saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India > tersebut) bila dia ingin > memeluk Islam jika benar-benar inginkan > Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di > antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 > yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan > agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada > Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran > perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya > mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana > bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan > apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih > dahulu. > > Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya > yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran > Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang > zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah > dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman > persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa > mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun > daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku > perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki > India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan > Hartina dan tinggal di Mambang di > Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai > kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki > apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak > bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si > lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang > Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang > hairannya kami tidak dapat menghidu langsung > perhubungan mereka. > > Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala > Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat > hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu > pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami > sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna > ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India > itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana > kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 > Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada > 6.00petang, kami telah berbincang mengenai > kedudukan mereka sehingga 10.30malam. > > Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap > dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya > dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia > mula memegang hand-phone sambil mendail > nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang > kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah > ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang > menghairankan saya Hartina ketika itu membisu > sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam > tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang > mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama > Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) > telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny > Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, > seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh > berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu > Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian > baru membuat pendaftaran perkahwinan. > > Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur > pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina > dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan > pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 > Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. > Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada > kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila > orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki > itu berani menunjukkan segala > dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan kepada saya, > saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum > ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan > kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya > bersama isteri berpandangan sendiri. > > Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami > hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri > saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke > balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. > Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan > yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis > itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran > perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua > dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, > kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh > saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam > Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. > Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya > membuat laporan polis. Selepas membuat laporan > polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu > Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak > pulang kerumah pada malam itu. > > Selepas itu saya membuat aduan di pejabat > Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang > tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya > kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai > Pendaftaran yang bertanggungjawabmenukarkan nama > anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya > memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di > dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa > Tuan tidak memaklumkan kepada saya?" > > Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan > kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak > di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak > menerima apa-apa laporan daripada Jabatan > Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya > telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang > tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun > lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka > langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. > Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang > turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu > bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. > > Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk > mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya > tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu > bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan > tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. > Polis berjaya menangkap mereka. > > Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, > langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu > saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan > orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya > membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina > langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu > bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar > berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak > mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah > mengandungkannya? > > Selepas itu saya telah membawa Hartina ke > Pulau Pinang dan tinggal bersama > saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya > di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak > lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi > meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di > Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan > kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat > berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. > > Setibanya saya di Perak, saya terus membuat > aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan > mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India > itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada > 14April,kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan > Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya > menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis > Ipoh. > > Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah > Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama > seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya > mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam > Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada > saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan > Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di > Kelantan. > > Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan > Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke > Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. > Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak > lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak > kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan > majlis perkahwinan mereka. > > Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta > kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 > April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama > Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih > beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah > syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah > mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan > bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. > Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. > > Bermakna kami telah menang atas tuduhan > mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti > setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat > saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu > mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada > KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam > Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan > memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan > perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak > berpuas hati > dan terus mencari alasan untuk merampas > Hartina daripada kami. > > Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat > Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran > kembali nama kepada Hartina di atas > persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada > 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau > Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti > biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara > seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima > sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki > mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa > Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana > telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh > jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan > bertulis. > > Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya > mendapat seorang peguam dan saya menetap di > BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya > mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan > Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau > Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke > Shah Alam dan bertemu dengan polis yang > mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut > mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada > Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah > bapa saudaranya di Pulau Pinang secara > sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. > Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan > saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan > badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui > segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan > perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang > alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur > dan Shah Alam. > > Walaubagaimana banyak laporan yang saya > lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil > untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh > pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di > mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya > mengupah seorang kawan saya untuk mengintip > mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu > keempat baru jumpa. > > Kawan saya itu memerlukan masa yang lama > kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula > dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya > ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman > Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu > saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke > bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke > pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka > menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi > laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak > si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka > telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh > untuk menyerbu rumah itu. > > Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi > saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang > Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah > pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran > masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi > keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan > diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar > kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 > September 1995 dia menukar namanya kepada nama > Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya > menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya > dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali > kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah > bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya > pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama > Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya > dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu > saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang > bertugas di bahagian menukar nama dan memberi > ingatan kepadanya agar jika ada > percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki > Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, > cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan > pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal > yang saya tidak ingini tetap berlaku. > > Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku > tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina > dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan > bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan > dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang > saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya > seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan > sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga. > > Kejadian serbuan 5 September 1996 itu > benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai > Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat > apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam > masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke > bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu > berdiri di hadapan pintu sambil mencekak > pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk > memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih > dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. > Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu > supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh > mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh > memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada > mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa > kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak > lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan > perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. > Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa > kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" > Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata > yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang > sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di > belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak > dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. > Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau > lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang > pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya > juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang > saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya > untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk > membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan > segera menahan darah yang memancut keluar dari > leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah. > > Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan > sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. > Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya > tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah > sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. > Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk > di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 > Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan > rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat > saya berniaga.Apa niat sebenar mereka ?. > > Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya > ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika > itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan > barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat > atau lima meterdihadapan saya, saya nampak mereka > semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate > saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan > saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali > lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali > semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, > Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya > bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang > saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil > parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari > di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki > yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah > belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung > dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh > tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain > datang meluru ke arah > saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan > bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. > > > Ada juga yang melemparkan batu ke arah > saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk > melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya > berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar > saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital > saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. > Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi > rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak > melarikan diri kerana saya disabit melakukan > jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya > menyerang mereka. > > Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk > minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur > semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan > lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar > saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan > didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari > wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah > dahulu. > > Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah > ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya > ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya > diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan > membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih > anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan > senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan > bapa.(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu > airmata). > > Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan > jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya anya > berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih > terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di > rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk > mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina > dan rajeswaran. > > Setelah empat bulan berehat, saya mendapat > surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 > sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. > Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu > daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei > 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das > tembakan. > > Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak > kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei > iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena > tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor > sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi > ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya. > Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi > di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei > 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga > disyaki. > > Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh > terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. > Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia > Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua > digari.Polis yang menggari kami juga terkejut > melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis > telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar > tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya > agar melakukan solat hajat dan berdoa. > > Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru > selesai menjalani pembedahan tulang > belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara > merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya > hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami > telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa > kami yang merancang kejadian tembakan itu. > > Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih > ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya > disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa > dan berapa yang saya bayar untuk mengupah > penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya > tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan > tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit > diseksa dengan teruk. > > Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku > ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul > dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila > keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi > palsu dan perkara palsu menjadi benar. Saya tetap > tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya > untuk di bicarakan. > > Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga > kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit > kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh > kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka > aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai > pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang > saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua > selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya > itu. > > Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya > fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa > begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa > saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan > terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya > beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang > dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya > dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan > disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah > menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya > sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan > Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah > caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya > sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. > Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam > agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. > Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah > penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas > perbuatannya itu.