Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: antara 2 darjat..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
antara 2 darjat..


Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu.. macam nama gangster.. tapi.. apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah.. Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang
nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa.

Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan
bermesra . Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku
menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku
sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung
sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak
besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.

Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang
aku dengar,.. ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas
jalan. Wallahualam..

Sekarang aku sudah remaja he.. he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti
remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan
menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia
seorang.. Nurlida namanya... orangnya cantik manis, lemah-lembut,
sopan santun.. ahhhh.. kira perfectlah !! Come lote,.. kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia.. tentu kawan-kawan aku jealous.. Tapi
masalahnya.. itulah.. dia tu anak Pak Mat!! Jadi .. terpaksalah aku
pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri
aku ini.. sekadar menumpang.. Kajang pak malau kajang berlipat..
kajang hamba mengkuang layu.. dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba
musafir lalu.. hai sedihnya

Semalam, ahhh.. semalam.. merupakan hari yang paling malang dalam
hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!!
Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak
dengan si Nurlida.. gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..

Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai
lagi perempuan lain dalam kampung nie.. kenapa awek aku jugak yang kau
kacau.. nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku
tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu.. melihat dia
bermesra-mesra. Aku cemburu.. cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya,
itulah keputusan aku.. aku nekad,.. apa nak jadi, jadilah. aku mesti
keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?.. Yaa.. KL.. aku
akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.

Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal.. Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar
jangan pergi .. terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu.. aku tahu, aku niii.... aku niii.....


cuma seekor kambing,?


So what?? Kambing tak buleh bercinta ke? ke? ke?




__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

yeee... aku tau.. kini aku tau yg ko hanye seekor kambin phia...

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

cactusbiru wrote:

yeee... aku tau.. kini aku tau yg ko hanye seekor kambin phia...



true..true..aku tgk menatang2 alap baru nie pandainye melebihi hak asasi manusia plak..kambing pong pandai gune pc..bukan tu saje,makin btambahlah menatang2 lam GC nie..senang la nak menggunekan menatang2 ni bila tiba hari kenduri..

__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard