Aku nak memberi sedikit pesanan kepada ahli forum semua...
Apabila kita berbicara tentang agama, bila ada topik berbicara tentang agama, adalah lebih baik kita elakkan berposting benda-benda yang lawak.... apabila sahabat kita membuka topik agama, cubalah kita elakkan untuk melawak dalam topik tu....
kalau anda terasa juga ingin bergurau dalam topik tu, posting lah kata-kata yang langsung tidak berkait dengan topik yang dibawa..
CONTOH:
TOPIK: Sembahyang Adalah wajib
Zeeta : Sembahyang adalah wajib. Marilah kita mengerjakan sembahyang. Farisya : Benar sekali kata-kata zeeta tu. Tu adalah tuntutan fardhu atas kita.
Tiba-tiba eloka posting mende yang lawak.
Eloka : Alamak... telekung semayang aku kene taik cicak, terpaksa pakai kain pelikat buat telekung.
Ayat eloka menunjukkan tiada lawak keatas 'SEMBAHYANG' tetapi hanya membabitkan 'telekung dan kain pelikat'. Jadi kesucian sembahyang dalam topik ni masih terpelihara kerana kita masih bergurau perkara yang tidak direct kepada topik tu.
TETAPI jika begini...
Mister Rie : Hek eleee... tak yah la semayang-semayang ni... ko tetap jahat macam tu jugak...
Percakapan ni direct terus dengan kewajipan sembahyang, ini amat tidak dibolehkan... malah menyalahi akidah... kerana ayat diatas telah menidakkan sembahyang dan ini adalah gurauan yang direct terhadap topik yang dibicarakan (agama)
Ini hanyalah contoh...
mungkin ada yang berkata "eleeehh, yang ko selalu sebut nirrajim, kembali ke rahmatullah, laknatullah, neraka dan menghina orang bleh plak!!"
disini ingin aku tekankan itu hanyalah perkataan... NIRRAJIM memang perkataan yang berkaitan dengan Syaitan, dan memang salah kita memanggil orang setan atau nirrajim... tetapi ia berbalik pula ke atas diri individu yang kita panggil. Ia tiada kaitan dengan menjatuhkan akidah.
CONTOH
Mister Rie : Gab... ko ni memang nirrajim... sifat ko yang suka rogol ayam tu amatlah nirrajim...
Dalam konteks ini, hanya perasaan gab sahaja yang membuat kita berdosa... sekiranya gab berkecil hati maka itu adalah dosa... tetapi sekiranya beliau tidak kisah.. ianya hanyalah gurauan... jadi ia tidak berkaitan dengan akidah... maka ini dibolehkan sekiranya ia diredho oleh yang dikutuk...
begitu juga dengan perkataan 'kembali ke rahmatullah'. Mungkin ada yang beranggapan disini selalu menggunakan perkataan rahmatullah sebagai bahan lawak jenaka...
tetapi maksud kembali ke rahmatullah itu adalah mati.... tiada bezanya menyebut mati atau kambali ke rahmatullah sebagai bahan jenaka... malah bunyinya lebih formal dan berdisplin...
CONTOH : Lalu rie pun mati setelah melihat perbuatan gab mencium tengkuk jubin.
Ayat di atas nampak biasa sahaja...
CONTOH : Lalu rie pun kembali ke rahmatullah....
Pun sama.... maksudnya tetap mati....jadi hanya sebutan... tidak berkaitan akidah
Adalah amat ditekankan... apabila seseorang berbicara tentang agama... sekiranya kita tidak tahu.... adalah lebih baik kita mendiamkan diri... nanti bila bercakap kosong... takut menjejaskan akidah dan fakta...
tetapi sekiranya kita berilmu dan yakin.... dan ingin melakukan lawak jenaka... lakukanlah... sebab ustaz didalam ceramah pun ada lawak jenaka untuk menarik perhatian...
tapi fikirkanlah 2-3 kali sebelum kita membalas posting tentang agama.... adakah posting aku ni menyalahi akidah atau tak.. sekiranya tidak yakin.. maka lebih baik diam...
NAMUN AMAT DI ALU-ALUKAN TOPIK BERBENTUK AGAMA... JANGANLA KITA TAK BUKAK TOPIK AGAMA PLAK...
Aku memesan bukanlah kata posting aku tu baik-baik belaka... tetapi aku juga sentiasa berfikir apakah ayat aku ni boleh dijadikan bahan lawak sebelum aku berfikir...
TETAPI BILA POSTING YANG TIDAK BERKAITAN AGAMA... KALAU KORANG NAK MELAWAK... IKUT SUKA HATI KORANG LA... JANGAN MELUCAH CUKUP....
Kesian, Terima Kasih
MISTER RIE Chief Execuive Oficer Of GengForum corp.
rie hari isnin nie kita gi minum kat tempat kerja ko ok tak?????
lama tak minum ngan ko.......
__________________
Sometimes We think about them who we love but since its not belongs to us we just think and think and think only just watch and learn from the pass...... ^^
lagi satu,aku rasa sesiapa pun layak memberikan pendapatnya dlm soal agama..jgn persoalkan siapa yg bercakap,tetapi nilai apa yg diperkatakan oleh org tersebut..
dulu,aku pun pernah posting pasal agama & balas beberapa topik org lain..aku sekadar berkongsi apa yg aku tahu,dan sama2 cari maklumat apa yg aku termampu.tetapi sesetengah org kata "asya tu posting dlm agama tau pulak,tapi pkai seksi2 jugak.." aku akui tu kesilapan aku,berpakaian seksi..tetapi adakah aku seksi maka aku mesti tulis benda mengarut,lucah semata..?? adakah orang bertudung berkopiah aje yg layak berbicara tentang agama..?? tukar mentaliti kita,kita nilai apa yg orang tu cakap,bukannya melalui personaliti dia..
kadang2 korang nampak aku posting mcm ustazah dlm ruangan agama,itu sebenarnya aku edit daripada forum islam lain..aku cuma kongsi maklumat apa yg aku dapat,aku tahu aku bukan org sesuai utk bercakap soal agama,cuma dah namanya forum,kita di sini SHARE apa saja (yg releven)..
jgn kerana aku berpakaian seksi,tak pakai tudung maka aku dikira tak layak utk posting soal agama..aku rasakan ada ketidakadilan di situ..wassalam..
"Tuntutlah ilmu walaupun ilmu itu hadir dari seorang yang gila"
Benar2... jangan lah kita memandang siapa yang memberi ilmu itu... selagi ia bermanfaat... terimalah walau ianya dari seekor lelunut cacat seperti gab...
mengikut kamus sains.. Lelunut atau nama saintifiknya kronomlubis fiska memang sentiasa dilahirkan cacat.... kesemua 1890 ekor lelunut yang telah dicatatkan adalah cacat.... tidak pernah ada seekor pun lelunut normal.... kecacatan lelunut terletak pada mulutnya iaitu bau busuk yang menjelma mampu mematikan sebusut sarang semut....
oleh itu bila gab menjelma jadi lelunut... sudah pasti la beliau tu cacat...
tol tu rie..beta sokong..emm..kekadang tu aku kalau wat silap aku tak pasan,tp owg pasan..emm..kalau aku ade tsilap ckp kat ruangn agame nie,tegur la aku ek..
yer..yer...setuju sgt...aku pun kekadang ada gak buat silap....so sorry lor...
tapi satu jer nk ckp...wei rie..pesal dialoq yg taik cicak tu aku yg ckp...bg la parisya yg ckp...sbb beliau mmg penah kene taik cicak jatuh kt telekung...ala...masa solat terawih hari tu....mengong rie ni....
huh... korang dah besar... buat ape nak tegor2... kan ke korang dah nak kawin.. suh la somi korang tegur... aku takkan tegur korang.. tapi aku akan membetulkan keadaan korang yang menggedik tu... caranya mudah aje... aku membetulkan ketika dalam kamar mandi..
sungguh tidak kak tupai sangka...walau pun rie selalu mengeluarkan kata2 yg amat nirrojim...tetapi beliau rupenyer amat ikhlas dalam menegakkan agama....
tapi kak tupai amat musykil lah di atas kepala batu kanda wahai aloyah...macam manakah nak tau sama ada org yg kita kutuk2 dgn niat gurau2 itu meredhai pengutukan itu...adakah perlu ditanya terlebih dahulu melalui private msg wahai aloyah...
isk...isk...sian pulak kak tupai pd si asya...dikatanya seksi & tidak bertudung...wahai forumer...dengarlah apa yg diajar...jgn lihat pada guru yg mengajar....
betul jugak. Tp susah jugak klu mcm ketam yg ajar anak dia jln betul sdgkn dia sendiri jln senget . ajar teori jer ke. praktikal pandai2 sendiri. boleh sesat tu.
so klu nk baja praktikal kena cari guru yg betul. jgn mcm ayah riepin tu. klu ketam ajar teori, dgo jer catit kt buku.
betul jugak. Tp susah jugak klu mcm ketam yg ajar anak dia jln betul sdgkn dia sendiri jln senget . ajar teori jer ke. praktikal pandai2 sendiri. boleh sesat tu.
so klu nk baja praktikal kena cari guru yg betul. jgn mcm ayah riepin tu. klu ketam ajar teori, dgo jer catit kt buku.
bagi aku..kata2 bidalan tu amat bernas skali..ketam mengajar anak supaya dapat berjalan ngan lurus kerana die taknak anaknya mengikut jejak langkah ibu ketam tu..seperti yang terjadi hari ni..kalo kite ni petani,takkan kite nak anak kite gak jadi petani suatu nanti..da tentu kite akan didik die supaya menjadi insan yang berjaye..mudah-mudahan kite dapat menumpang skali kesenangan yg bakal die kecapi..
__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..
sungguh tidak kak tupai sangka...walau pun rie selalu mengeluarkan kata2 yg amat nirrojim...tetapi beliau rupenyer amat ikhlas dalam menegakkan agama....
tapi kak tupai amat musykil lah di atas kepala batu kanda wahai aloyah...macam manakah nak tau sama ada org yg kita kutuk2 dgn niat gurau2 itu meredhai pengutukan itu...adakah perlu ditanya terlebih dahulu melalui private msg wahai aloyah...
isk...isk...sian pulak kak tupai pd si asya...dikatanya seksi & tidak bertudung...wahai forumer...dengarlah apa yg diajar...jgn lihat pada guru yg mengajar....
Ape le susah kak aloyah tupai oii... maksud meredhoi apa yang dikutuk ke atas kita ialah.... bila kita mengutuk orang itu.... dia akan membalas kutukan kita tu dengan kututkan balik.... tu tandanya dia redho dia dikutuk...
tapi kalau dia diam... diam tak balas... kemudian 2-3 hari takde dalam forum... tu tandanya dia tak redho dan marah....
TAPI RASANYA DAH BANYAK KALI AKU PESAN... bila masuk sini cuba bukakan minda anda... jangan cepat melatah kalau dikutuk... sebab yang dikutuk tu bukan diri kita sendiri...
Kalau semua orang mengutuk mister rie... aku tak kisah... sebab aku sendiri yang build up karakter mister rie seperti demikian... beliau tak kisah dikutuk... beliau juga suka mengutuk... segala nirrajim ada atas beliau...
tetapi orang disebalik karakter rie ni tak begitu....
so pikir2 kan lah... lapangkan minda.... kalau dikutuk... cubalah senyum... dan LAWAN KEMBALI!!
Lagi satu aku nak cakap.... kita jangan la mengutuk orang takde maruah ke.... tak berpetikemanusiaan ke.. dan fikir diri tu bagus.... sebab itu adalah secara direct... ini sangat tidak dibolehkan.... cubalah kita ber PM kalau ade mende yang tak puas hati...
kalau rie dah buka bab agama aku kena senyap dan dengar jerla apa yang rie katakan.............
__________________
Sometimes We think about them who we love but since its not belongs to us we just think and think and think only just watch and learn from the pass...... ^^
judin wrote: bagi aku..kata2 bidalan tu amat bernas skali..ketam mengajar anak supaya dapat berjalan ngan lurus kerana die taknak anaknya mengikut jejak langkah ibu ketam tu..seperti yang terjadi hari ni..kalo kite ni petani,takkan kite nak anak kite gak jadi petani suatu nanti..da tentu kite akan didik die supaya menjadi insan yang berjaye..mudah-mudahan kite dapat menumpang skali kesenangan yg bakal die kecapi..
betul! betul! sekurang kurangnyer jd la petani moden yg berjaya. tp kat dunia ni klu soma org jd bos, sape plk nk jadi pembersih toilet, jaga loji kumbahan, pembersih longkang. x kn nk harapkn rie sorg jer.
aku tak kisah nak kerja apa2 pun.sebab sekarang nak cari kerja pun susah.
betul juga kata2 ko tu elly,sedangkan anak arwah tan sri P. Ramlee pun jadi tukang sapu jalan
__________________
Sometimes We think about them who we love but since its not belongs to us we just think and think and think only just watch and learn from the pass...... ^^
aku pun sama kalo aku terlebih cakap..dah tu ngarut benda yg merepek2 korang tegurkan lah aku ni yer biasaler kita ni manusia..yg x lepas dari lakukan kesilapan
__________________
kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...