Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al-Ikhlas


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
Al-Ikhlas


 


"Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada
syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda
memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis
dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.Sebelum anda masuk
rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat:
Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad. walam yakul
lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan
dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan
menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda
Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu
ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan
bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia
adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam
yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby). Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya Siapakah antara kamu yang
dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-
Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-
Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30
jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke
langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh
antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-
tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan
kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-
ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat
jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah
ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-
falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa
kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu
ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah
SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan
dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain.



__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

alhamdullilah...

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard