tuhan,
kau beriku sekeping hati
dengan sejuta rasa
secebis cinta antara sejuta
kerana cinta
aku pernah kecewa
perit dijiwa
badan merana
lantasku pohon pada-Mu
ambillah cintaku
buangkan cinta manusia
pernahku terpikir
benarkah cinta itu buta
atau.... manusia yang buta
dek kerna cinta
tuhan
kenapa kau hadirkan cinta
tak cukupkah sekadar
kasih sayang sahaja
aku ingin jadi seperti cinta mereka
adam dan hawa
muhammad dan siti khadijah
yusuf dan zulaikha
romeo dan juliet
laila dan majnun
sulaiman dan balkis
dan
seumpamanya....
benarlah kata pujangga
cintakan bunga iakan layu
cintakan manusia iakan mati
cintakan angin iakan berlalu
cintakan tuhan kekal abadi
tuhan .
dipertiga malam ini
aku bermohon
hadirkan cinta yang sejati
cinta yang misali
kerna aku ketandusan
cinta ILAHI.......:blankstare