Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kereta brunei dirosakkan di malaysia(masuk news brunei)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
kereta brunei dirosakkan di malaysia(masuk news brunei)






Empat kereta Brunei 'dirosakkan' di negara jiran




Oleh Liza MohdBANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Empat buah kereta yang mempunyai nombor pendaftaran negara ini mengalami kerosakan teruk ketika berada di negara jiran.

Empat kereta itu membawa 18 ahli keluarga yang bercuti ke Kuching, Sarawak pada pagi Isnin lalu dengan harapan untuk mengunjungi keluarga mereka di Sri Aman.

Namun lawatan singkat mereka bertukar menjadi suram apabila kereta mereka dirosakkan dan hampir kesemua cermin kereta dipecahkan.

Dalam kejadian itu, sebahagian ahli keluarga yang berada di sana buat pertama kali mengambil peluang untuk merakamkan gambar di tengah-tengah pusing keliling kota yang sibuk itu pada kira-kira pukul 4 petang.

Ketika menuju ke tempat tarikan pelancong mereka meletakkan kereta mereka di kawasan letak kereta yang terletak 100 meter dari tempat itu.

Walaupun kereta mereka diletakkan tidak jauh namun pandangan mereka dihadang oleh jalan raya yang berselekoh dan kenderaan yang lalu lalang.

Ketika merakamkan gambar, salah seorang ahli keluarga itu menyedari dua lelaki berada terlalu hampir dengan kenderaan mereka dan dia segera berlari ke kawasan letak kereta.

Ketika tiba, lelaki tersebut menunjukkan cermin kereta mereka telah dipecahkan.

"Kejadian ini mengejutkan, yang jelas kami meletakkan kereta kami di antara kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran Malaysia. Mengapa kereta yang mempunyai lesen pendaftaran Brunei menjadi sasaran?" katanya ketika ditemu bual oleh media.

Pemilik-pemilik kenderaan tersebut tinggal di Kampung Mumong, Seria dan Bandar Seri Begawan terpaksa membelanjakan $450 hingga 1,000 untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Kejadian itu dilaporkan kepada balai polis Padungan dan Konsulat Brunei telah menyediakan tempat penginapan bagi mangsa yang tidak dapat pulang pada malam itu kerana hujan lebat.

Mereka pulang keesokan harinya dengan kereta yang rosak, diiringi oleh polis sehingga ke Sibu sebelum meneruskan perjalanan melalui pos Kawalan Sungai Tujoh untuk kembali ke Brunei.

Memandangkan kereta dari Brunei kerap menjadi sasaran di negara jiran, pihak berkuasa harus mengkaji perkara itu dengan serius dan mengetatkan kawalan untuk menjaga keselamatan mereka yang mahu membuat perjalanan ke negara jiran, kata mangsa.

~~
boleh tgk kat utusan.com.my
diambek dari http://www.brunei-online.com/mp/sabtu/dec16t12.htm



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

hmm ..kereta depa cantik kot

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard