MENGENAI WANITA & KUBUR>> 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang> lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal> tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang> yang penyayang tidak akan sia-sia".>> 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka> beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap > hari> dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.>> 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah> mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.>> 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari > dosa-dosa> seperti keadaan ibunya melahirkannya.>> 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu> tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.>> 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,> maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas> untuk membela agama Allah.>> 7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama> orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang > takutkan> Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.>> 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu> diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.> Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,> barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan > anak> Nabi Ismail.>> 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah> memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada> suaminya (10,000 tahun).>> 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan> ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, > masuklah> dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.>> 11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang> soleh.>> 12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih> besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula> berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".>> 13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah> panggilan ibumu dahulu.>> 14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung > diudara,> malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama> mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.>> 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup> pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana> pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.>> 16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.>> 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku > (Nabi> s.a.w) di dalam syurga.>> 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara > perempuan> atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap > ihsan> dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa> serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.>> 19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu > daripada> anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka> akan menjadi penghalang baginya daripada api> neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah> sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu > sebab> mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.>> SATU PERINGATAN!!> KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK> LIMA KALI;>> 1. Aku rumah yang terpencil,> Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.>> 2. Aku rumah yang gelap,> Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.>> 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,> Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.>> 4. Aku rumah ular berbisa,> Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.>> 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,> Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur> Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.>> Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;>> 1. Dunia itu racun,> Zuhud itu ubatnya.>> 2. Harta itu racun,> Zakat itu ubatnya.>> 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,> Zikir itu ubatnya.>> 4. Seluruh umur itu racun,> Taat itu ubatnya.>> 5. Seluruh tahun itu racun,> Ramadhan itu ubatnya.