> Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat > itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka > tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka > mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui > segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di > belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at > melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, > dan mereka selalu berhati - hati kerana takut > kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) > > Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa > oleh para malaikat: > > 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. > > Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar > ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang > tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan > bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun > hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si > fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini > disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At > Targhib wat Tarhib I/37) > > 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT. > > Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa > Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di > antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia > berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan > mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah > sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469) > > 3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT. > > Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin > 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, > "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat > kepada orang - orang yang berada pada saf - saf > terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al > Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130) > > 4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF > > (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam > iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban > dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa > Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para > malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang > menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh > Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib > I/272) > > 5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH. > > Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., > bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam > membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', > maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana > barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan > malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" > (Sahih Bukhari no. 782) > > 6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH > MELAKUKAN SOLAT. > > Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa > Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu > berselawat kepada salah satu di antara kalian selama > ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, > selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) > berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al > Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan > hadith ini)
Semoga bermanfaat kepada kita smua.......
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........